Monday, July 23, 2012

Perjalanan Hijrahku Akan Mula Ditayang Hari Ini

Macam baru aje mak dara menulis skrip dan mengikuti shooting untuk sebuah rancangan masakan yang bertajuk PERJALANAN HIJRAHKU pada 2 minggu lalu tup tup hari ini maka akan bermulalah tayangan rancangan ini. Cepat benar kann.. Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini di hoskan oleh Serina redzuawan yang merupakan anak kepada Chef Wan dan skripnya adalah oleh Mak Dara sendiri dan juga dibantu oleh adik mak Dara iaitu Adza Emie.



Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak olehsaudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru.

artis undangan untuk episod pertama ialah Louisa Chong
pic credit to Srina Instagram

Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini akan mula ditayangkan pada ini dan akan ditayangkan di TV AL HIJRAH setiap hari Isnin dan Selasa sepanjang bulan Ramadhan ini pada pukul 2:30 petang.. Kalau free free tu silalah tonton ye ;)

Oh Mak Gayah! Misha Omar Datang Ke Rumah Mak Dara!!

As salam duhai teman.. Perghhhh exited bebenor le mak dara pepagi buta tadi.. Maunya tak, Misha Omar datang rumah mak!! Haaaa ini bukan cobaan bukan jugak mimpi .. Ini benar benar kejadian... Misha Omar bukan datang sorang tapi bersama sama dengan pelakon Roy Azman uols hehe.. Untuk apa diorang datang ke rumah Mak? Untuk jumpa mak leeeeer.. Haaaa part tu yang tipu sunat sikit hahaha habis kurang puasa mak kan keke.. Sebenarnya Misha Omar , Roy Azman dan beberapa lagi pelakon datang kerumah Mak Dara sebab ada shooting di rumah mak dara ni.. Sebuah production house telah menyewa rumah mak untuk dijadikan lokasi penggambaran sebuah drama bertajuk UNTUNG ATAS ANGIN.. Rumah mak ni kononnya rumah milik Misha Omar dan Roy Azman lah.. Dalam drama ni mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Misha sedang berlakon dan membawa watak sebagai ibu

Misha sedang berlakon di ruang tamu rumah mak dara bersama pelakon yg menjadi anaknya

Misha Omar berbaju merah sdg shooting di hadapan rumah Mak Dara
krew krew sedang bersiap untuk mulakan shooting

Sebenarnya call time untuk para krew dan artis adalah pukul 8 pagi namun Misha ni memang artis yang sangat  berdisiplin and very punctual maka pukul 7 pagi lebih dah sampai kerumah mak dara.. Memang terbaekkklah Misha ni kan.. Drama ini sebuah drama raya dan akan ditayangkan pada hari raya nanti kalau tak silap Mak Dara di TV AL HIJRAH.. 

Sekarang mereka baru shoot 2 scene je.. Banyakkkk lagi yang perlu mereka shoot di rumah Mak Dara ni.. Rasanya esok malam baru habis shoot di sini.. Tapi nak tahu tak part mana yang paling besttttt shooting ni..? Part yang paling best bila Misha asyik nyanyi nyanyi je bila menunggu untuk shoot.. Mak aiii dengar sora Misha secara live meremang bulu roma mak ni.. Sedapppp ya amat.. Terasa macam Misha buat concert khas untuk mak aje rasanya wahhhhhhh gitu...

Ok lah mak nak sambung tengok diorang shooting kejap nanti mak snap snap banyak sikit gambor Misha  dan mak akan update ye.. Tapi sebelum mak dara terforget jangan lupa untuk menonton rancangan PERJALANAN HIJRAHKU yang mak dara tulis skripnya bersama adik mak Adza Emie yang akan mula ditayangkan di TV AL HIJRAH pada hari ini pukul 2:30 petang.. ;)