Tuesday, July 24, 2012

Berbuka Puasa Bersama Krew UNTUNG ATAS ANGIN

Syukur alhamdullilah sebentar tadi Mak Dara telah berbuka puasa bersama krew krew dan juga pelakon pelakon drama UNTUNG ATAS ANGIN yang sedang shooting di rumah Mak Dara sejak kelmarin lagi. Antara yang membintangi drama ini ialah Misha Omar dan Roy Azman bersama sama beberapa lagi pelakon..

 
sesi berbuka puasa

Memang meriah bebenor le sesi berbuka puasa tadi bila hampir 20 orang berbuka puasa di depan rumah Mak Dara tu.. Rasa macam buat open house pulak tadiu hehe..  Malam ini merupakan malam terakhir mereka shooting di rumah Mak Dara . Kata mereka kemungkinan besar drama ini akan ditayangkan pada hari raya nanti.. Nanti bila mak tahu tarikhnya yang sebenar mak akan updatekan ye.. Ok lah mak nak sambung tengok diorang shooting.. Nanti mak kasi update lagi ye..

3 Perkara Harus Dijauhi

Pernah dengar quote "speaks no evil , see no evil, hear no evil.. Ini antara 3 perkara  harus dijauhi terutama di bulan Ramadhan ni ialah berkata perkara yang sia sia.. melihat perkara yang tidak sepatutnya dan mendengar sesuatu yang tidak baik. Perkara ni nampak mudah tapi agak sukar dilakukan kannn.. Terutama bila dah berkumpul ramai ramai dengan kawan kawan.. Mulalah kak bedah dan kak peah buka cerita.. yang kita pula bila tak join bergossip macam tak best le pulak kan tapi kalau boleh tu cubalah jauhi dari kegiatan kegiatan ini ye

 Jangan suka bergossip

Jangan melihat benda tak senonoh

Jangan dengar perkara yang tak baik

Bolehkah dilaksanakan... Kita mampu mengubahnya... ;)