Sebuah bazaar ramadhan yang dipanggil PERKAMPUNGAN RAMADHAN telah diadakan di bukit Jalil.. Seramai 50 orang artis yang bernaung di bawah Barisan Artis Nasional (BRAN) telah menyertai dan memeriahkan nostalgia Perkampungan Ramadhan Bukit Jalil (PRBK) pada 20 Julai sehingga 19 Ogos depan. PRBJ merupakan cetusan idea barisan artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama-sama dengan para peminat yang tidak mempunyai kampung halaman selain tinggal tetap di Kuala Lumpur dan salah satu peniaga di bazaar itu adalah kakak Mak dara iaitu Adza Yanie dan suaminya Abang Tengku Nor bersama adik mak iaitu Adza Tuty . Apa yang mereka jual... tadaaaaaaaaaaa...
Ayam Golex tuuuuu uolssss... Haaa ni golex bukan sebarang golex ye.. resepi ayam golex ni adalah resepi turun temurun dari abang ipar Mak Dara Abang Tengku Nor tu.. Memang secret resepi dari turun temurun keluarganya dari Kedah tauuu.. Memang meriahhhh betul bazaar ramadhan ni.. Moh mak share sedikit gambar gambar di bazaar itu ye..

antara artis yang meniaga di PERKAMPUNGAN RAMADHAN itu

kakak Mak Dara Adza Yanie di depan gerai AYAM GOLEX D'ADZA

di gerai AYAM GOLEX D'ADZA. Yusof Kelana turut membeli ayam golek kami hehe

Adza Tuty tengah golex ayam hehe

abang Ipar mak dara (duduk di kerusi) bersama teman karibnya

full view gerai AYAM GOLEX D'ADZA

Adza Tuty bersama Dato Ac dan Datin Emmy

Antara barisan artis yang meniaga di PERKAMPUNGAN RAMADHAN
Haaaa meriahhh benarkan Perkampungan Ramadhan ni.. Ramaiiiii benor artis yang turun padang meniaga di sana.. Pada yang duduk berdekatan Bukit Jalil tu singgah singgah le membeli juadah berbuka puasa di sana.. Dan jangan lupa untuk beli AYAM GOLEX MAK DARA errr silap mak dara lain tahun baru meniaga hahaha nak jugak interpramekan .. Jangan lupa beli AYAM GOLEX D'ADZA.. Sekali makan pasti hari hari mauuuuuuuuuuuuu....