Thursday, July 26, 2012

Al Fatihah

Sebentar tadi Mak baru menerima satu berita mengatakan Ibu kepada teman baik mak dara dan keluarga iaitu Abang Amri baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi tadi.. Abang Amri telah bersama keluarga Mak Dara dari lama dulu dan kami dah anggap Abang Amri seperti abang dan keluarganya seperti keluarga kami sendiri. Ibu abang Amri kami panggil Ummi.. Memang sejak kebelakangan ni Ummi kurang sihat dan memang kami rancang untuk melawat Ummi di hospital namun sayangnya niat kami tidak kesampaian apabila Ummi telah dijemput Ilahi pagi tadi...

Abang Amri di tengah bersama sama dgn adik beradik mak 
Adza Rina, Adza Yanie & Adza Tuty

 
arwah Ummi bersama cucunya

Salam takziah buat Abang Amri sekeluarga atas pemergian Ummi.. Semoga roh Ummi dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Al Fatihah....