Sunday, July 29, 2012

RIUH RAYA DI WANGSA WALK MALL BERSAMA UPIN & IPIN

Petang semalam Mak dara keluarga telah ke Wangsa Walk Mall yang terletak dalam 3 minit je dari rumah Mak Dara.. Misi ke sana adalah untuk cari pakaian raya untuk anak anak Mak Dara. tapi tumpuan untuk membeli baju terus beralih apabila anak anak Mak dara nampak akan patung UPIN dan IPIN di tengah tengah Wangsa Walk Mall tu. Rupanya Upin dan Ipin ada buat show sempena Ramadhan di sana.. Anak anak mak bukan saja menonton persembahan Upin dan Ipin tapi siap masuk bermain game yang telah disediakan oleh mereka. Moh Mak Dara sharekan gambar gambar anak anak mak dan pengunjung wangsa walk mall di acara RIUH RAYA DI WANGSA WALK MALL BERSAMA UPIN & IPIN.. Layanzzz..

 
Anak Mak Dara Adza Danina menjawap soalan kuiz dr Upin & Ipin

Anak teruna Mak Adza Haiqal (bercermin mata) turut join contest ;)

Di akhir kuiz dan pemberian hadiah Upin Ipin ajak semua kanak kanak yang berada di situ untuk menari "CHICKEN DANCE" apalagi ramai le yang serbu untuk join hehehe

 
Chicken danceeeee

anak anak mak bersama Ipin
dari kiri Adza Haiqal, Adza Danina, Adza Kasih & Adza Isabella


Memang seronok betul anak anak Mak Dara dapat bertemu dengan Upin dan Ipin semalam.. Ingatkan lepas tu dah letih nak jalan jalan cari baju raya tapi nan hado bila lepas aje Upin Ipin menamatkan persembahan mereka anak anak terus tarik ke kedai cari baju raya hahahaha.. Budak budak ni memang lambat letih kan.. hehe

Misha Omar Menyanyikan Lagu Raya Untuk Adza Isabella

As salam duhai teman..
Puasa ke tu.. Err yang uzur tu takpe yang tak uzur tu kurang kurangkan google gambor makanan kat intenet ye hehehe.. Ok entry kali ni Mak Dara nak sharekan sedikit video yang mak dara capture semasa Misha Omar datang shooting di rumah Mak Dara minggu lepas.. Video ini walaupun pendek hanya berpuluh saat saja tapi tetap bermakna sebab Misha Omar telah nyanyikan lagu raya buat anak bongsu mak iaitu Adza Isabella atas permintaan somi mak hehehe.. Nak tengok video tu.. Klik le di bawah.. 

Sooooooo sweettt kan si Misha ni.. Sepanjang berada dua hari shooting di rumah Mak Dara Misha sangat sangat humble orangnya.. Siapa tahu dalam dia sibuk berlakon dia tidak pernah meninggalkan solat. Bila masuknya waktu Misha dan beberapa orang pelakon dan krew berehat dari shooting dan mengerjakan solat.. Memang tabik spring mak dengan Misha ni.. Harap harap dapat lah bertemu Misha lagi nanti insyaallah...