Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU episod ke 3 akan bersiaran pada pukul 2:30 petang ini di TV AL Hijrah. Rancangan ini di hoskan oleh Serina redzuawan yang merupakan anak kepada Chef Wan dan skripnya adalah oleh Mak Dara sendiri dan juga dibantu oleh adik mak Dara iaitu Adza Emie.

Kebanyakan rancangan masakan hari ini lebih tertumpu kepada masakan bagi kaum tertentu contohnya kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Namun bagaimana dengan makanan dan masakan saudara baru . PERJALANAN HIJRAHKU merupakan rancangan masakan terbaru yang akan memfokuskan masakan Halal yang dimasak olehsaudara baru Islam ataupun mualaf dari pelbagai bangsa dan budaya. Pengacara iaitu Serina Redzuawan akan bersama dengan tetamu pilihan mengikuti akan cara mereka menerapkan menu masakan harian mereka sebelum menjadi muslim ke dalam menu masakan harian mereka setelah menjadi saudara baru.
Rancangan PERJALANAN HIJRAHKU ini akan ditayangkan di TV AL HIJRAH setiap hari Isnin dan Selasa sepanjang bulan Ramadhan ini pada pukul 2:30 petang.. Kalau free free tu silalah tonton ye ;)