Tuesday, July 31, 2012

BICARA MAK DARA Bakal Bertukar Wajah




Haaaa jangan pulak ingat Mak dara nak jalani pembedahan plastik ye bila anda baca tajuk di atas hehe.. Make over yang bakal dilakukan bukan lah kepada diri mak dara tetapi kepada blog mak dara ini. Dalam masa beberapa hari saja lagi blog mak dara akan bertukar wajah secara TOTAL.. Semua template bakal bertukar sepenuhnya dari background ke header ke footer ke banner ke watermark . Pendek cerita akan bertukar kesemuanyalah kecuali entry mak tetap meroyan seperti biasa hehehe. Semua ini hanya dapat dijayakan dengan bantuan oleh blogger hebat lagi berbakat iaitu Adik Myravea dari http://www.myravea.com/ 

 

Pada tahun lepas Mak Dara pernah menempah doodle dari Adik Myra tp masa tu mak masih freehair lagi jadi lepas mak dah berhijrah makanya doodle tu tak sesuai lagi untuk mak gunakan.. Sekarang Mak nekad untuk tukar dan tempah keseluruhan template mak dara ni dari Adik Myra sekali lagi kerana mak benar benar suka dengan hasil tangannya yang sungguh kreatifff!!!Bagaimanakah rupanya blog Mak Dara ini nanti? TUNGGUUUUUU!!! Mak pun tak sabar untuk melihatnya..

Pada sesiapa yang ingin menempah header, footer, banner, atau nak tukar keseluruhan blog anda boleh le menempah dari adik Myra ye.. Semua info untuk tempahan boleh di baca di entrynya di sini Tempahan template kini dibuka!