As salam duhai bloggers..
Hari ni Mak nak cerita tentang Cik Anon.. Ehh bukan Puan Anon yang keje pejabat pos tu atau pun mak anon yang jual kuih keria kat bazaar ramadhan tu ye.. Kalau nak tahu CIK ANON iadalah singkatan nama kepada Anonymous iaitu seseorang yang kita tidak ketahui nama sebenarnya.. Di bulan puasa ni masihkan cik anon ni aktif? Bak kata status fb teman mak dara semalam "CIK ANON Tak cuti puasa ke" .. Haha adoiiii sabar lah ye Kak Yam saya pon dikunjungi cik anon semalam hehe
Ada apa dengan CIK ANON ni? Haaa cik anon ni selalu muncul di komen komen box di entry entry beberapa blogger yang tidak bernasib baik.. Ini kerana cik anon selalu meninggalkan komen yang agak kurang enak dibaca. Namun tak semuanya begitu.. Mak Dara banyak kali juga menerima kunjungan CIK ANON dan mereka meninggalkan komen komen yang sungguh membina . Bagi mak dara ada bagusnya juga kemunculan Cik Anon ni di blog Mak Dara kerana mak boleh tahu perasaan sebenar mereka terhadap blog meroyan mak dara ni.. Ye lah kita ni hanyalah manusia biasa tidak terlepas dari kesalahan dan apabila Cik Anon meninggalkan kata kata nasihat sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita akan kesalahan kita itu..
Namun bagi mak dara jika anda rasa anda berada di pihak yang benar tidak perlu lah berselindung di balik nama samaran itu lebih baik face to face je kan.. Namun itu pilihan mereka masing masing nak jadi Anon atau tidak sekurang kurangnya kita tahu blog kita dibaca, itu yang paling penting.. Kalau setakat nak tulis blog dan takde yang nak datang baca atau tinggalkan komen pun tak seronok jugak kan karang macam syok sendiri kannn hehe... Anda pernah mengalami situasi dengan cik anon tak?