Dalam bulan lepas ada mak war warkan bahawa mak dara, somi Martias Ali dan adik Mak Dara iaitu Adza Emie telah terlibat dalam satu projek skrip terbaru yang bertajuk OPERASI D6 sebuah drama bersiri 13 episod bertemakan penyiasatan . Based on SPRM kisah rasuah rasuah.. Dan hari ini maka bermulalah hari pertama shooting drama bersiri ini. Yang menambah exitedkan mak dara ialah apabila rumah mak dara dijadikan antara lokasi shooting untuk drama ini. Moh mak share kan gambar gambar sekitar penggambarabn drama ini di rumah mak dara ye..

beginilah rupanya skrip drama bersiri OPERASI D6 ini

para krew sdg berbincang sblm mulakan shooting @ ruang tamu rumah mak

sedang shooting di bilik

pengarah TERRY (Duduk di sofa) sedang berbincang bersama krew
Itulah serba sedikit sekitar penggambaran drama OPERASI D6 ni yang sedang berlangsung di rumah mak dara tika dan saat ini.. Masih teringat lagi susah jugak mak, somi dan adik mak untuk menyiapkan skrip ini.. Ada tika kami dah hilang idea untuk buat skrip ni sampai terpaksa keluar cari idea di taman tasik titiwangsa lah.. di TGIF lah dan di beberapa tempat yang lain.. Itu belum masuk beberapa kali harus meeting dan bertemu dengan pegawai SPRM di Pejabat SPRM di Putrajaya.


menulis skrip di Restoran TGIF

Baru habis meeting di SPRM

Adik Mak Dara di hadapan bangunan SPRM Block D6 Putrajaya
Mak akui bahawa drama ini antara skrip yang agak sukar untuk kami tulis namun syukur alhamdullilah semua skrip telah habis ditulis dan kini shooting bermula.. Tak sabar nak tengok drama ni yang akan ditayangkan di RTM1 tak lama lagi...