Wednesday, August 8, 2012

Mak Dara Bakal Dikidnap oleh Jejari Runcing, Mak Lady dan Erin


Petang nanti Mak Dara bakal dikidnap oleh Jejari Runcing, Mak Lady dan Erin.. Ini bukan kidnap betul betul  ye meroyan betul mak dengan gambor keratan akhbar di atas kannn hehe tapi mak dara akan dijemput oleh sepupu Mak Dara iaitu Mak Ladi iaitu ibu kepada Elia aka Jejari Runcing dan Erin. Nak kemana? Hari ni seperti yang kami rancang Elia akan bawa Mak Dara untuk sama sama buat facial di sebuah salon favouritenya.. Elok lah mak pegi buat facial muka pun dah penuh dengan cat dek mengecat dinding rumah semalam hehe..

mak dara ERIN dan Mak Lady yang gojesss

Mak Dara dan Elia

Selepas aje buat facial nanti kami plan untuk buka puasa bersama sama.. Dah beberapa kali plan ni asyik tertangguh dan harap harap hari ni semuanya berjalan seperti di rancangkan insyaallah.. Ok lah Mak nak bersiap siap dulu.. Appointment facial kami pukul 3 petang nanti.. Jumpa lagi nanti ye.. tata titi tutu..

Prettylicious Desserts & Events

Beberapa hari yang lalu adik ipar Mak Dara iaitu Amrizal Ali dan keluarganya datang ke rumah Mak Dara.. Sebabkan somi mak Martias Ali dan keluarga belah ipar masing masing amat sibuk makanya dekat pertengahan bulan ramadhan ni baru berkesempatan untuk iftar bersama sama. Yang besttttnya Adik ipar mak datang bawak buah tangan yang sangat special untuk mak dara. Katanya buah tangan itu datang dari temannya Tim dari Prettylicious Desserts & Events . Waduhhhhh teruja sekali apabila Mak Dara menerima buah tangan daripada temannya itu.. Nak lihat apakah buah tangan itu... tadaaaaaaaaa

Chocolate Cream Pie!!!!! 
(sila abaikan wajah yang selebet itu hehehe)

Waduh waduhhhh macam tahu tahu saja teman adik ipar mak dara Si Tim ni yang mak ni memang hantu desert! Memang terliur habis mak sekeluarga yang asyik menatap Chocolate Cream Pie tu sementara nak berbuka puasa hehe..

pemberian dari Prettylicious Desserts & Events 


Kata Tim dia minta mak dara rasa desert yang dihantarnya dan minta mak dara review di blog Mak Dara ni.. Ohhhh bagai kecil tapak tangan padang stadium Mak Dara tadahkan... Terima kasihlah kerana sudi bagi mak dara review produk anda tak sangka ada juga yang tahu tentang blog meroyan mak ni hehe.. Setelah berbuka puasa semua anak anak, anak anak buah, ipar ipar dan somi mak terus terjahhh Chocolate Cream Pie itu. Dan apa yang boleh mak dara katakan............. SANGATTTTT SEDAPPPPP!!! This is the Chocolate Cream Pie that I have been searching for. Consistency, depth of chocolate flavor and level of sweetness are perfect! haa terus keluar oh my english kauu. Memang Sangat Sedap!!

Syarikat Prettylicious Desserts & Events menyediakan pelbagai jenis kek, desserts, lovely door gifts, candy/dessert buffet table, baking classes and event planning . Memang cantik cantik dan sedap sedap belaka kek kek dan desert yang disediakan oleh Tim dan rakan kongsinya Dack ini.. Mari mak kidnap beberapa keping gambar di page mereka @ https://www.facebook.com/prettyliciousdessertsevents

Untuk majlis pertunangan

cookies untuk baby shower

wedding cake

Kuih Raya

Pendek kata semua yang anda perlukan untuk majlis anda tak kiralah majlis harijadi, majlis pertunangan, majlis cukur jambul atau majlis nak naik pelamin sekali lagi ke hehehe semua kek atau manisan boleh didapati dari Prettylicious Desserts & Events . Kepada Tim dan Nurul Dack terima kasih atas pemberian Chocolate Cream Pie itu rasanya masih terasa hingga ke hari ini. Kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi.. Kalau ada umur yang panjang mak dara nak jugak rasa desert yang lain lain tu lagi hehehe.. ngengada je kan mak ni . Ok apa di tunggu lagi moh ramai ramai terjah ke FB Page Prettylicious Desserts & Events  ramai ramai...