Petang tadi maka berlangsunglah sesi mengkidnap Mak Dara oleh sepupu mak dara iaitu Mak Lady dan juga anak buah mak iaitu Elia atau Jejari runcing. Tempat yang dituju ialah sebuah salon iaitu Nik's Salon. Sesampainya kami di salon tu terus lah mak dara dan elia buat sesi facial.. Perghhhhhh memanggg besttt benar buat facial di kedai tu. Mula mula memang le sakit lepas dikorek kelur semua jerawat dan black head tapi bila time letakkan mask perghhh tu part paling best sejukkk je muka bila dipakaikan mask hehehe..
Mak Dara sedang jalani facial
elia sempat tunjuk peace sign lagi hehe
Mak Dara dengan mask
Haaa jangan lariiii dulu ye.. di atas yang putih putih tu bukan hantu ye.. Semua spesis tu sedang diikat di bulan ramadhan ni.. itu adalah wajah mak dara yang dipakaikan mask.. Apa yang boleh mak dara katakan ialah mak dara amat amat puas hati dengan servis yang diberikan oleh pemilik kedai itu.. Kalau sesiapa yang nak buat facial mak sarankan untuk ke salon ini kerana ia facialnya sungguh baik sekali dan harga amatttt berpatutan..
utk keterangan lanjut blh hubungi pemilik salon itu
Setelah hampir 2 jam setengah Mak Dara dan Elia buat facial akhirnya sesi facial Elia habis awal sedikit dari mak dara. Maka Elia dan sepupu mak dara iaitu Mak Lady terpaksalah menunggu sampai sesi mak pulak tamat. Dalam menunggu tu sempat jugak si Elia updatekan entry di blognya bertajuk Berfacial bersama Mak Dara hehehe . Tankuuu Ya atas entry yang sangat sweet tu..
Selepas aje selesai facial Mak Dara dibawa ke tempat port kami iaitu di Syed Bistro untuk berbuka puasa.. Restoran ni memang menjadi pilihan kami kalau nak makan nasi briyani bhukara. Nasi bhukara dia memanggg sedapp sampai beratur panjang orang untuk membeli nasi briyani bhukara special ni..
Mak Dara dan Mak Lady sempat posing
sebelum berbuka hehe
Mak Dara dan Elia
Nasi Briyani Bukhara Ayam Special
Perghhhhhhh memang terus terdiam kami dek kerana kenyang setelah berbukadengan nasi briyani bukhara ayam special ni. Memangggg sedappp tak hengatt.. Kalau ada yang nak makan nasi briyani yang sedap jangan lupa singgah makan di Syed Bistro Au5 lembah keramat ye memang sekali makan pasti nak lagi dan lagi dan lagi hehe..
Maka itulah aktiviti seharian bersama Mak Lady dn Elia.. Memang seronok betul seharian bersama mereka. tak sabar rasanya untuk keluar bersama diorang lagi.. Buat Mak Lady dan Ya terima kasih ye bawak aunty keluar.. Buat le selalu ye hehehe.. muahhh luvss you guysss