Saturday, August 11, 2012

DIY bersama Mak Dara

Sempena raya tahun ni rasanya mak paling jimat berbelanja banyak kelengkapan raya untuk rumah mak tak beli tapi mak make over dan baik pulih je.. Moto raya mak tahun ni "selagi boleh pakai.. pakaiiii.." tapi kalau dah tak sesuai atau tak comey lagi barang tu maka mak akan DIY dan cantikkannya.. Macam yang semalam mak Make Over Kerusi Makan pagi tadi mak dara telah makeoverkan lampu hiasan di rumah mak dara. Tahun lepas raya mak dara bertemakan english style tapi tahun ni telah bertukar kepada tema kelabu dan putih makanya lampu itu dah tak sesuai lagi dengan deko yang lain di rumah mak dara ni.. Apa lagi sesi D.I.Y (do it yourself) pun bermulalah....

lampu (sebelum DIY)

mula mula buka mentol dan kain bahagian atas tu

tudung lampu yang akan di gantikan

gamkan sedikit lace rambu ramba

gam ke sekeliling tudung lampu itu

tadaaaaa dah siapppp (selepas D.I.Y)

Akhirnya siapppppppp.. Macam mana ok tak? Mak daracuma keluarkan wang dalam RM22 ringgit sahaja untuk makeoverkan kedua dua lampu ini. Berbanding kalau nak beli lampu baru sebuah berharga RM39 kalau nak ganti dua dah kena bayar RM78.. Kan dah save banyakkkkk tu kan.. Tersenyum lebar somi mak tengok banyak barang barang di rumah yang telah mak dara make over kan hehehe