Basikal anak mak dara rosak lagi.. Naik angin lah mak dara dan somi bila hampir setiap minggu terpaksa repair basikal anak teruna mak si Haiqal tu.. Yang hairannya tiap kali ditanya macam mana boleh rosak teruk macam tu dia susah bebenor nak cerita.. Memang mak dan somi dah syalk sesuatu tak kena tapi kami diamkan dulu. Tapi bila dah lebih sepuluh kali kerosakan di basikalnya tu terfikir jugak kami takkan lah lasak sangat anak mak ni naik basikalnya.. Lepas dah puas tanya akhirnya anak mak mengaku yang dia tak tahan kena buli di sekolah. katanya semua kerosakan di basikalnya tu adalah kerja khianat budak di sekolahnya.. Samseng tu bukan sorang tapi ada satu geng... Tak padan kecik dah pandai ada geng samseng adoyaiii... Kata anak mak, geng samseng tu akan pancitkan kedua dua tayar setiap kali waktu tamat sekolah, ada beberapa kali rosakkan break basikal tu dan macam macam lagi dilakukan mereka. Dan yang paling mak dan somi mak bengang ialah apabila hari ni anak mak dara tu terpaksa tolak basikalnya dari sekolah yang jauhnya hampir 2 kilometer untuk pulang kerumah kerana telah dipancitkan kedua dua tayarnya oleh samseng tu semasa dia nak pulang dari sekolah tadi.. Ohhhh ni dah melampau lah ni.. Sapa tak geram bila dengar anak kena buli dan terpaksa tolak basikal beberapa kilometer dalam bulan puasa pulak tu kan.. terus mak dan somi mak ambik keputusan untuk pergi ke balai polis dan membuat report..
laporan polis Taman Melawati
Di atas adalah salinan report polis yang dibuat oleh anak mak dara di Balai Polis Taman Melawati sebentar tadi.. Surat itu akan kami serahkan kepada guru sekolah itu bila bukanya sekolah dari cuti raya itu. Dan selepas tu kami akan pindahkan anak mak tu ke sekolah yang baru. Perkara macam ni tak boleh dibiarkan berlarutan mula mula pedajal basikal lama lama nanti takut anak mak pun diorang buat pulak sebeleum perkara buruk berlaku biar mak dan somi ambil tindakan mcm ni dulu.. Diharap geng samseng itu diberi hukuman yang setimpal oleh pihak sekolah semoga mereka tidak lagi membuli pelajar pelajar yang lain..