Sunday, August 26, 2012

Mak Dara Nyaris Di Ragut Di ZARA KLCC

Naik getaq lutut mak dara dibuatnya bila mak nyaris di ragut semasa sedang membeli pakaian di Kedai Zara di KLCC tadi.. Kejadian bermula apabila mak baru selesai dari bertemu dengan rakan rakan mak untuk berhari raya di Restoran APARTMENT di bahagian luar KLCC . 

mak bersama somi dan teman teman mak @ THE APARTMENT

Selesai aje dinner bersama teman teman mak mak pun jalan jalan la di dalam KLCC bersama somi mak dara. Mak kemudian masuk ke kedai ZARA yang berada di bahagian ground floor KLCC tu.. 

Semasa mak sedang memilih beberapa baju untuk dibeli tiba tiba mak rasa macam mak diekori oleh seorang perempuan tapi mak tak endahkan, di fikiran mak mungkin perempuan tu nak pilih baju yang sama yang mak sedang pegang tu.. Dan tiba tiba seorang lelaki datang dan seakan menghimpit mak dara dari tepi. Mak hairan apasal lak mamat ni nak bergesel dengan mak sedangkan ruang luas dalam kedai Zara tu. Mak terus beredar dari situ dan pergi ke bahagian baju tees di dalam Zara itu namun terus diekori oleh seorang lagi perempuan teman kepada perempuan tadi datang dan seakan memilih milih disebelah mak. Tiba tiba mak perasan yang seorang staff Zara memerhatikan mak semacam aje.. Di hati mak apasal lak dia tenung sampai begitu sekali tiba tiba dia datang dan berdiri di tengah antara mak dara dan perempuan itu dan seperti betulkan baju yang berada di depan mak tu tiba tiba aje staff tu bisikkan pada mak hati hati dengan bag tu.. 

Mak terkejut apabila menyedari zip di bag mak dara terbuka.. sedangkan mak memang dah zip tutup bag mak sebelum ini, mak terus mak beredar dari situ sambil membetulkan bag tangan mak dara dan peluk bag mak tu kuat kuat dan terus mak pegi cari somi mak yang juga berada di satu sudut dalam kedai itu dan beritahu apa yang berlaku. Dan tak lama saja lepas tu staff Zara itu datang dan beritahu bahawa dia terlihat sekumpulan 2 perempuan dan seorang lelaki yang memang mengekori mak sebaik saja mak masuk ke dalam kedai itu. Katanya kelakuan mereka bertiga memang sangat pelik bila mereka asyik berbisik dan memerhati ke arah bag tangan mak itu. Dia semakin yakin bahawa mereka mahu ragut bag mak bila lelaki itu cuba menghimpit mak dan tangannya hampir menarik bag mak tanpa mak sedari dan bila gagal yang perempuan pula cuba untuk mendekati mak untuk membuka bag tangan mak itu. Kata staff itu lagi oleh kerana dah banyak berlaku kes ragut di situ maka dia memang yakin bahawa mereka mahu meragut bag mak dara maka sebab itu dia datang dan memberi amaran pada mak. Dan katanya sebaik saja dia memaklumkan hal tu pada mak sebentar tadi terus ketiga tiga mereka meninggalkan semua pakaian yang mereka pegang (kononnya pakaian yang itu mahu dibeli) dan keluar dari kedai itu dengan tergesa gesa. Tidak lama kemudian pak security pun masuk ke dalam kedai itu.

bag mak dara yang selamat dari diragut

Masyaallah seram sejuk mak dibuatnya apabila tahu bahawa mak nyaris diragut. Nasib baiklah staff Zara itu pantas dan cepat tolong maklumkan pada mak.. Syukur alhamdullilah.. Mak memang amat amat berterima kasih kepada staff itu namun oleh kerana mak berada dalam keadaan kebingungan, blur dan terkejut mak hanya sempat berterima kasih kepadanya sebanyak mungkin namun sayangnya mak terlupa bertanya siapakah nama staff wanita yang membantu mak itu.. Untuk staff itu jutaan terima kasih mak ucapkan kerana membantu mak dari diragut sebentar tadi. Hanya tuhan saja yang dapat membalas jasa anda itu.. 

Mood Menulis Entry Bergantung Kepada Kelajuan Internet?

Anda pakai line internet apa ye.. TM net ke.. Maxis ke.. Digi ke? mak pakai P1 Wimax.. Fuhhhh boleh mencabar keimanan jugak pakai line P1 ni. Masa mula mula tu apply laju kemain lagi dia.. Memang mak bangga tahap puaka la time tu.. Sapa je pakai line tenet selain dari P1 siap mak promote suruh tukor ke P1 dah macam jurucakap dan tukang promote le P1 time tu tak hengat.. Tapi makin lama makin slow makin lama makin slowwwwwwwww kelajuan internetnye..


Jangankan nak berfacebook nak hupdate blog pun jadi lambat dibuatnya.. Apa tah lagi nak bogwalking jauh le sekali!!! Memang tersentap le nak menulis entry dengan keadaan macam ni. Sedikit sebanyak mak rasa memang mood untuk update blog ada sedikit sebanyak bergantung dengan kelajuan internet.. Kalau lajuuuu je tenet maka lajulah entry yang keluar.. Kalau slow maka slow le entry yang akan dipublish silap silap tak publish apa apa langsung.. Hishhhh P1 oh P1 bila le kau nak ok ni huhu