Tuesday, August 28, 2012

Projek Terbaru Bersama Serina Redzuawan & Yusof Kelana

Mak Dara baru sahaja selesai menulis skrip bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie untuk syarikat YKS Film Makers Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat milik Abang Yusof Kelana dan Serina Redzuawan iaitu sebuah rancangan masakan PERJALANAN HIJRAHKU dan rancangan itu telah pun habis ditayangkan di TV AL HIJRAH sepanjang bulan puasa yang lalu..


Kini mak dara sedang bersiap siap untuk keluar meeting bersama Serina Redzuan lagi.. kali ini untuk projek terbaru iaitu sebuah rancangan 13 episod bertajuk JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA yang bakal ditayangkan di TV3 tak lama lagi.. Dengar cerita Serina nak bincang satu lagi projek tapi tak dapat lah mak beritahu lagi konsepnya nanti bila dah confirm mak akan khaborkan pada uols ya.. Doakan semoga meeting mak ini berjalan lancar ye... Jumpa anda lagi malam karang.. tata titi tutu...

Selamat Hari Jadi ADZA TUTY

Hari ini pada tanggal 28hb Ogos 2012 maka genaplah umur adik Mak Dara iaitu Adza Tuty 30++ tahunnnn hehe... part ++ tak boleh nak beritahu lah ye.. biasalah orang perempuan dan rahsia umur memang begitu sinonim hehe..


Mungkin ada yang masih ingat tentang adik Mak Dara ni mungkin juga ada yang tak tahu ni saje je lah nak recap tentang adik mak ni ye.. Masa muda remajanya dulu dia adalah salah sorang dari penyanyi kumpulan G.I.M bersama sama dengan Diana Rafar, Onie, Ate dan Shazlin.

G.I.M
atas dari kiri Tuty, Diana Rafar, Shazlin, Onie -hadapan Shazlin

Ya inilah dulu kumpulan penyanyi G.I.M.. GIRLS IN MUSIC.. Haaa pernah dengar tak pasal kumpulan ni.. Mereka hanya sempat mengeluarkan satu aje album sebelum kumpulan mereka ni berpecah.. Ahli ahli G.I.M adalah terdiri daripada Diana Rafar, Shazlin, Onie, Cempaka Sari dan juga Adza Tuty.. Yup adik Mak Dara adalah salah sorang dari ahli kumpulan ni hehe..

Puas le Mak Dara search kat youtube utk video klip lagu diorang tapi takde. Almaklum le tahun 1999 youtube kat Malaysia ni belum popular lagi.. Sekarang ni aje semua pun ada di youtube tu.. Cuma Mak Dara berkesempatan menemui satu video klip di mana adik Mak Dara Adza Tuty menjadi model untuk video klip untuk kumpulan INDIGO dari syarikat KRU


Adza Tuty juga pernah membintangi beberapa buah filem dan drama drama antaranya ialah filem LANG BUANA dan juga filem IDOLA..
Filem Idola

Adza Tuty berbaju kuning bersama Syarifah Aleya dalam satu babak 
 Adza Tuty & Leya  
dari kiri Leya, Norman Hakim & Adza Tuty
Filem Lang Buana (adza tuty 4 dari kanan)
Ohhh itu semua cerita lama.. Sekarang semua ahli G.I.M pun masing masing dah bekeluarga. Dan mereka juga sudah jarang bertemu. Tuty is a single mother of two..
Adza Tuty bersama anak anaknya
Adza Aniq Danish dan Adza Zara Danisha ;)
Kepada Tuty.. SELAMAT HARI LAHIR!!! HAPPY BIRTHDAYYYY!!! CUMPLEAÑOS FELIZ!!! பிறந்த நாள்!!! 생일 축하합니다!! С ДНЕМ РОЖДЕНИЯ!!! love ya sis.. Stay strong always!!!