Wednesday, August 29, 2012

Pembuli Anak Mak Dara Telah Di Rotan & Di Gantung Sekolah

Sebelumnya cuti raya dan cuti sekolah yang lepas Mak Dara dan somi ada membuat satu laporan di Balai Polis Melawati mengenai anak Mak Dara iaitu Adza Haiqal yang telah banyak kali di buli di sekolahnya. Bukan sahaja basikalnya dirosakkan berkali kali tapi ada antara pelajar itu juga pernah pukul dia.. Oh bila dengar je perkara tu tahap dan level kemarahan mak dan somi dah tahap puaka dah mak ingat nak gi je sekolah cari budak tu nasib baik somi mak tenangkan dan ajak pegi report polis..

laporan polis Taman Melawati

Di atas adalah salinan report polis yang dibuat oleh anak mak dara di Balai Polis Taman Melawati .. Surat itu telah kami serahkan kepada guru sekolah itu dan kecoh le satu sekolah. Dan syukur alhamdullilah guru itu telah memanggil kedua pembuli itu dan telah mengambil tindakan terhadap dua pelajar itu.. Seorang pelajar yang sering merosakkan basikal anak mak hampir lebih sepuluh kali telah dirotan dan sorang pelajar yang telah memukul anak mak itu telah digantung persekolahannya.. Terima kasih kepada guru Sek Men Sri Keramat yang prihatin akan masalah buli di sekolah itu dan juga kepada pihak polis yang telah menerima laporan kami.. semoga tiada lagi kes buli selepas ini...