Saturday, September 1, 2012

Penternakan Lemak Semakin Berleluasa

Tiba aje hujung hujung minggu ni maka bakal bermulalah sesi menternak lemak secara berleluasa.. Hari ini Mak akan ke majlis kenduri kahwin anak kepada pelakon Abang Mubarak Majid.. Abang Mubarak ni dah banyak jugak telah berlakon di dalam skrip drama somi mak dan mak sendiri.. Antara drama mak dan somi yang dilakonkannya ialah SONGKOK..


Kenduri kahwin anak Abang Mubarak ni area Rawang dekat le dengan kampung somi mak. Bestttkan bila anak anak dah besar dah mendirikan rumah tangga.. Bila la gamaknya anak anak mak nak besar entah sempat ke idok mak tengok diorang naik pelamin hehehe..

Dan selepas aje ke majlis perkahwinan itu mak bercadang untuk ke rumah teman blogger mak yang femes amesss iaitu Eqbal Zack.. Nak beraya bersama sama. Last sekali jumpa pun di Majlis Worlds Blogger And Social Media Award je itu pun tak sempat nak borak borak.. hehehe

Mak Dara & Adik Eqbal @ MSMW

Fuhhhhh berapa kilo lemak kah hari ni dijangka kan diternak oleh mak dan keluarga hari ni hehehehe .. Eh uols tak pegi rumah terbuka ke.. Kompom ade punya kannnnn.. Jom menternak lemak beramai ramai hehehe.....