Sebentar tadi rumah Mak Dara bergulap gelita dek kerana fius elektrik yang berada di luar rumah mak tu terbakar.. Mula mula tu lampu je asyik berkelip kelip.. Mak ingatkan tak ada apa apa yang serius.. Tak lama lepas tu terus terpadam terus seluruh elektrik di rumah mak ni.. Ingatkan satu kejiranan takde bekalan elektrik bila bukak aje pintu rumah nak check tetiba fius elektrik tu spark macam bunga api.. terbakar fius tu.. Menjerit juga mak terkejut dengan benda macam tu..

fius yang terbakar
Masa kejadian tu pulak somi mak ada kat gym tengah membina badan dia tu.. Apalagi terus mak panggil dia balik segera.. Nasib baik le gym tu dekat maka cepat le somi mak tiba..

somi mak baru tiba dirumah
Dalam dok bergelap macam tu ingatkan anak anak akan resah gelisah atau ketakutan tapi yo ado.. Diorang sakan seronok main main kat luar rumah.. Ishhh anak anak oii hahaha.. Sesampainya somi mak dirumah terus lah dia hubungi pihak TNB.. Dalam perbualan di telefon tu katanya mereka akan sampai kerumah mak dalam jangkaan waktu 2 jam.. Mak aiiii mau mendidih mak dan anak anak kalau terpaksa tunggu selama tu tanpa kipas.. Tapi syukur alhamdullilah tak sampai 15 minit pihak TNB dah pun sampai depan rumah mak.. Peluh pun belum sempat nak keluar dah sampai mereka tu.. Bagusssss betullllll...

somi mak sedang berbincang dengan pegawai TNB

pegawai TNB sedang membaiki fius elektrik yang terbakar itu
sambil diperhatikan oleh somi dan anak teruna mak si Eqal

3 orang pegawai TNB ersama somi dan anak mak


setelah selesai repair somi mak menghantar mereka ke van mereka ;)
Syukur alhamdullilah tak sampai 5 minit sahaja mereka dah baiki fius yang terbakar itu.. Memang pantas memang bagussss... Ribuan terima kasih mak, somi dan keluarga ucapkan kepada ketiga tiga pegawai TNB yang datang membaiki fius terbakar di rumah mak itu.. Syukur alhamdullilah nasib baiklah kejadian ni berlaku pada masa mak dan keluarga ada di rumah.. Kalau lah terjadi masa mak pulang ke kampung beraya hari tu entah apa yang dah terjadi pada rumah mak.. syukur alhamdullilah...