Semalam Mak Dara dan somi menerima tetamu istimewa iaitu rakan penulis yang juga merupakan anak murid kepada somi Mak Dara iaitu MF KENCHANA atau nama sebenarnya Fairuz Padoli dan dia datang bersama temannya Muhammad Hafeezul yang juga merupakan seorang penulis skrip hebat.

dari kiri Fairuz dan Hafeezul

drama komedi BEDAH TONG GAS karya MF KENCHANA
pic by torrent.jiwang.cc

Tu Dia Kiah Nak Raya oleh Muhammad Hafeezul
pic by www.teamaryzs.com
Tu dia wajah penulis penulis muda yang hebat . Selalunya penulis skrip dan juga semua yang bekerja dibelakang tabir pasti tidak dikenali kan... termasuk lah dengan mak walaupun hampir 64 buah drama telah mak hasilkan tapi rasanya yang tahu dan kenal mak hanyalah adik beradik dan anak anak mak aje kot hahahahaha.. Ok antara drama mereka yang popular adalah drama bertajuk BEDAH TONG GAS,CIK KIAH PEKASAM dan Tu DIa CIk Kiah Nak Raya...

drama komedi BEDAH TONG GAS karya MF KENCHANA
pic by torrent.jiwang.cc

Tu Dia Kiah Nak Raya oleh Muhammad Hafeezul
pic by www.teamaryzs.com
Fairuz ni walaupun muda namun dah berpuluh puluh skrip dramanya yang dah ditulisnya . Ada beberapa skrip yan ditulisnya bersama mak dara juga iaitu bertajuk CUCI CUCI SERVICES musim pertama sebuah drama bersiri yang diadaptasi dari sebuah filem popular dan banyak lagi.. Memang seronok bila dah jumpa geng ni macam macam cerita suka duka kami sebagai penulis skrip dapat dikongsi bersama.. Ada ramai jugak teman Mak Dara yang bertanya takde buat open house ke.. Insyaallah masih dalam pertimbangan almaklumlah agak sibuk sejak kebelakangan ni.. Tapi kalau jadi, insyaallah mak teringin nak jemput sekali rakan blogger.. Insyaallah.. Tapi ada ke yang sudi datang beraya ke rumah mak dara ni huhuhu...
