Sunday, September 9, 2012

The Making OF PANCUNG

Semalam somi mak bersama pelajar pelajar yang menghadiri bengkel kursus Filem Pendek yang dinajurkan oleh pihak FINAS dengan somi mak Martias Ali sebagai tenaga pengajarnya telah pun membuat sebuah filem pendek sebagai projek kursus filem pendek itu.. Dengan hanya sehari diambil untuk shooting dan sehari untuk edit akhirnya filem pendek itu berjaya juga siap.. Syukur alhamdullilah.. Namun sebelum mak dara uploadkan video filem pendek yang bertajuk PANCUNG itu apa kata mak tunjuk dulu snap snap picture di belakang tabir "The Making Of PANCUNG"

Abg Zaidi Omar sebagai peneraju utama

General Yogi bersama tali barutnya

General Yogi

Arifah Damanhuri & Adik Eyra

Abg Zaidi Omar yang bakal di pancung oleh pihak jepun

PANCUNGGGG....

Itulah antara gambar yang di snap snap di belakang tabir pembikinan filem pendek PANCUNG ini.. Dan yang menariknya turut digunakan teknik CGI dalam filem pendek ini.. Ini dapat dilihat di gambar dibawah
menggunakan teknik CGI untuk menghilangkan kepala pelakon itu 

before CGI

after CGI

Haaaa itu antara sedikit teaser bagi filem pendek PANCUNG ini.. Nak tengok video PANCUNG ini...? Tungguuuuuuuuuuuuuuu hehehe


PANCUNG

Sedar tak sedar sudah masuk hari terakhir bagi somi Mak Dara iaitu Martias Ali mengajar dalam bengkel yang dianjurkan oleh pihak FINAS iaitu Bengkel Pembikinan Filem Pendek.. Bengkel atau kursus ini telah dijalankan dari 3hb Sept sehinggalah hari ini 9hb Sep.. Dalam bengkel itu somi mak akan ajar kan cara cara basic untuk membuat filem pendek dari membuat skrip ke penggambaran/shooting sehinggalah ke finish product..

somi mak dalam set penggambaran filem pendek PANCUNG

semua yang terlibat dalam PANCUNG 

Somi mak telah meminta agar pelajar pelajarnya berbincang untuk membuat satu skrip dan akhirnya lahirlah idea untuk membuat sebuah filem pendek bertajuk PANCUNG di situ mereka terus diajar untuk shooting.. Dan semalam semua pelajar telah dibawa oleh somi mak ke Kemensah untuk shoot filem pendek ini dan kemudian shooting diteruskan di dalam studio FINAS...

antara satu babak dalam PANCUNG di studio FINAS

Filem pendek ini juga turut dibintangi oleh teman baik somi mak dara  Abang Zaidi Omar bersama sama dengan Arifah Damanhuri, Musnino Takashi, Hafael Mushashi, Edwin Yoshida, Mukhriz Gedebe dan Eyra Mawar.

Di jangka filem pendek ini akan siap diedit hari ini.. Kalau dah siap nanti mak akan share video itu bersama sama anda ye..