Monday, September 10, 2012

RUGABADI Baby Pertama Reza Mohamed

Oh jangan kecoh dulu.. Reza Mohamed pengacara hebat dan versatile yang juga merupakan kenalan lama Mak Dara ini belum lagi berpunya dan belum lagi berkahwin.. Habis macam mana boleh dapat baby pertama? RUGABADI sebenarnya ialah nama teater yang pertama hasil dari  Reza Mohamed..Ia juga merupakan projek pertama Patung Studio milik pengacara serta penyampai radio SuriaFM itu.. Kira projek teater ni macam his first baby lah kan... :)


TEAM produksi Rugabadi yang diketuai oleh Reza
pic by http://www.kosmo.com.my/



Sayangnya pada 4hb yang lepas Reza ada menjemput Mak Dara untuk ke press conference teater ini di Patung Studio tapi sayangnya Mak Dara tak dapat hadirkan diri kerana ada production meeting bersama sebuah syarikat penerbitan drama untuk projek drama terbaru mak dara tu...
Rugabadi, merupakan nama yang ilhamkan oleh Reza Mohamed yang dipinjam dari bahasa Banjar, membawa maksud ‘Ruga’ - tempat yang gelap dan dalam dan ‘badi’ membawa maksud, mala-petaka; nasib buruk; atau sial.
Ia mengisahkan tentang perkampungan Rugabadi yang di mana telah berlaku satu kekacauan yang akhirnya membawa kaepada kehancuran tempat tersebut.
Teater Rugabadi, mengisahkan seorang gadis Siti Zulaikha yang memanipulasi epidemik histeria tersebarnya pengamalan sihir di Pekan Rugabadi. Dia mengaku boleh melihat siapa yang mempunyai tanda sihir dan membela hantu raya. Siti Zulaikha menggunakan kelebihan ini untuk mendapatkan Megat Serapi dan memastikan namanya di pekan tersebut bersih dengan menuduh pihak lain yang tidak disukainya.
Rugabadi yang akan mengambil tempat di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 13hb hingga 16hb September ini menampilkan barisan pelakon seperti Lash Mokhtar, Kirin Mohamad, Azlin Nur Mohd, Marina Roslan, dan Akmal Ahmad.
Kepada semua teman teman mak jangan lepaskan peluang menonton teater RUGABADI ini.. Dan kepada Reza..  All the best Reza.. I know this theater will be a biggggg successsss  ;)