Thursday, September 13, 2012

syukur alhamdullilah selamat tiba

Syukur alhamdullilah setelah hampir 4 jam berada dalam penerbangan mak dan somi akhirnya telah tiba di Hong Kong .. Sekarang sedang dalan perjalanan ke Hotel Imperial di Tsim Sha Tsui bwrdekatan dengan Victoria Horbour.. Ambil masa dalam 50 minit juga dari airport ke Hotel tu.. Macam dari KLIA ke KL juga jauhnya.. Malam ni nak rest kaw kaw besok shopinggggg time hehehee

Published with Blogger-droid v2.0.8

Boarding timeeee


Tibalah masa utk boarding untuk menaiki pesawat ke Hong Kong.. Keterujaan bertambah tambah.. Doakan semoga flight mak dara selamat sampai ye.. Gonna miss you guys
Published with Blogger-droid v2.0.8

Malang Tidak Berbau..

Ohhhh sedih bebenor rasa di hati.. Dalam dok teruja nak ke Hong Kong ni tiba tiba kereta mak dara yg dipandu oleh adik ipar mak dara tiba tiba cerminnya pecah retak seribuuuu.. Terkejut jugak mak dara tiba tiba je boleh pecah macam tu then secepat kilat baru perasan pecah tu di sebabkan oleh sorang mamat yang sedanh potong rumput di tepi highway yg menyebabkan hingga batu besar terpelanting ke arah cermin kereta mak dara hingga menyebabkan cermin pecah.. Adesssssss... Nasib baik tak terkena pada adik mak yang duduk di depan tu... Memang malang tidak berbau kann..

Hmm sempat jugak mak update blog masa sok tunggu masa untuk boarding ni kan ...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Selamat Tinggal Semua...

Selamat tinggal Mak Dara ucapkan kepada semua pembaca Mak Dara semoga kalian selalulah ingatkan Mak Dara sementara ketiadaan Mak Dara ini ye.. Perghhh syahdu betul entry pepagi ni kan.. Ye mak dara akan meninggalkan anda dan juga meninggalkan blog kesayangan mak dara ini... ohhhh tapi bukan tinggal selama lamanya... tapi tinggalkan selama 3 hari aje hehehe.. Al kisahnya somi mak dara telah berikan hadiah anniversary untuk mak untuk ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 iaitu Honeymoon ke Hong Kong!!! yezzerrrrrrrrrrr.... 

Maka mak akan bertolak ke Hong Kong pada pukul 2 petang ini dan dijangka akan sampai di Hong kong pada pukul 6 petang karang insyaallah...


Jadi mak nak mintak tolong dengan anda semua tolong le tengok tengokkan blog mak ni sementara mak di Hong Kong ye pweaseeee sambil kembungkan pipi dan muncungkan mulut kasi nampak kiuttt sikit hehehe.. Doakan semoga mak dan somi selamat pegi dan selamat pylang ye.. Jumpa lagi anda Ahad depan.. muahhhhh.....