Tengah hari tadi Mak Dara telah menghadirkan diri di sebuah majlis ’DIALOG INDUSTRI KANDUNGAN KREATIF CCIG 2012’ yang bertempat di Finas siang tadi.. Pada yang tidak tahu Creative Content Industry Guild (CCIG) adalah sebuah badan yang ditubuhkan dari inisiatif kerajaan bertujuan memperkasa peranan yang dimainkan oleh pengamal, karyawan dan tenaga kerja industri filem, televisyen, digital, multimedia dan teknologi kreatif tempatan. Fokus utama dialog ini ialah berkaitan dengan kepentingan, peluang dan cabaran kerjaya tenaga kerja, karyawan dan pengamal industri kreatif tempatan dalam hubungannya dengan CCIG dan matlamat negara.
Sebagai salah seorang yang terlibat dalam industri ni makanya mak tak lepaskan peluang untuk sertai majlis ini.. Tapi yang paling menarik terdapat dalam aturcara majlis itu ialah sesi Dialog dan ‘sharing session’ bersama seorang wakil dari luar negara, CARL GOTTLIEB, setiausaha Screen Writers Guild of America dan penulis skrip filem “JAWS” .

Terujanya bila dapat bertemu dengan penulis skrip filem JAWS..
Iaitu antara scriptwriter tersohor di hollywood iaitu Carl Gottlieb di majlis CCIG @ #FINAS

Filem JAWS siapa yang tak pernah tengok kan..(maybe remaja muda mudi ada yang tak pernah tengok hehe) Sebabkan filem ni masa mak kecik kecik dulu buatkan mak fobia nak mandi di laut gara gara takut dibaham jaws macam dalam filem ni hahaha.. Dan itulah wajah penulis skrip itu.. Dia merupakan teman rapat kepada pengarah Steven Spielberg dan sama sama menjayakan filem itu.

somi mak dara Martias Ali sempat bertanyakan
beberapa soalan kepada Carl Gottlieb
Seronok betul bila mendengar kisah kisah dan pengalamannya sebagai penulis skrip filem Jaws yang sangat popular itu. Banyak pengajaran dapat diperolehi dalam sesi dialog itu.. Bukan senang kita nak menimba ilmu dari orang orang kuat Hollywood.. Syabas kepada pihak CCIG dan Finas kerana berjaya mengadakan majlis yang sungguh hebat itu..
Sayangnya card reader mak tak tahu di mana letaknya.. Kalau tak mak nak jugak sharekan pic mak dara bersama Carl Gottlieb yang gunakan kamera tu.. Gambar di atas tangkap dengan handphone huhu.. Takpe nanti kalau dah jumpa card reader mak kasi upload ye.. Fuhhh bukan senang nak bersama dengan film player dari Hollywood ni kan hehehe