Ini adalah sambungan dari entry HONG KONG GETAWAY mak dara yang lalu.. Entry mengenai perjalanan Mak Dara dan Somi di Hong Kong sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15 pada 12hb September yang lalu.. Walaupun dah balik sini 4 hari yang lalu tapi masih teringat ingat permandangan permandangan menarik yang terdapat di Hong Kong. Dan antara semua permandangan yang cantik di Hong Kong pastinya permandangan dari atas THE PEAK yang paling memukauuuu...
Tempat ini memang terkenal dengan viewnya, di sini kita boleh menikmati pemandangan seluruh kota Hong Kong dari atas bukit itu. Untuk ke THE PEAK mak dara dan somi menggunakan tiga pengangkutan ini iaitu Star Ferry, City Bus danPeak Tram.
Dari Hotel yang Mak Dara tinggal iaitu Hotel Imperial ke pelabuhan Ferry (Star Ferry Pier) sangat dekat, jalan kaki je untuk ke sana. Pelabuhan ini dekat juga dengan Terminal Bus. Sampai di sana kami terus menaiki Ferry. Tambang naik ferry ni memang murah iaitu dalam HK2-3 je . Perjalanan menaiki ferry ini hanya mengambil masa selama 9 minit sahaja. Yang bestnya bila menaiki ferry ini kita dapat permandangan dari dua buah pulau utama di Hong Kong yaitu HongKong Island danKowloon Island.

pic dari atas ferry
Apabila tiba saja di Central Ferry Pier kami terus ke pemberhentian bus di Pier 7, untuk menanti Bus yang akan membawa kami ke Peak Tram Terminal. Sebagian besar Bus adalah bus dua tingkat. Mak Dara dan somi mengambil keputusan untuk duduk di bahagian atas sebab boleh mengamati permandangan sambil menghirup udara segar di Hong kong...

somi mak di hadapan Bus untuk ke THE PEAK

atas bas sambil mendengar info2 menarik mengenai Hong Kong dgn gunakan
earphone yg telah disediakan oleh pihak bas tour tu

akhirnya selamat tiba di hadapan THE PEAK TRAM
Tak lama setelah menaiki bas itu kami turun dihadapan THE PEAK TRAM.. Ingatkan dah sampailah ke tempat tu tapi rupanya kami kena menaiki tram/tren untuk menaiki ke atas bukit itu..
Mak dihadapan tram/tren

sempat lagi posing dalam tram tu hehe
Menaiki tram ke untuk ke atas puncak bukit tu memang sangat menarik.. Setelah perjalanan dengan menggunakan Peak Tram, tibalah kita di The Peak...

yeayy akhirnya tiba jua di puncak THE PEAK

di belakang somi mak adalah permandangan indah HONG KONG


ada dijual barang cenderahati

punya eksited nak tengok permandangan sampai nak beli t shirt pun tak jadi hehe

Memang cantekkkkkk sangat permandangan dari atas THE PEAK ni.. Memang puas hati lah naik ke sini .. Bila dah letih jalan jalan di atas bukit tu kami kemudian ke sebuah lagi tarikan menarik yang terdapat di THE PEAK iaitu sebuah galeri patutng lilin yang dinamakan Madame Tussaud .. Tapi itu akan mak masukkan dientry yang seterusnya pulak.. Karang kalau masukkan semuanya dalam satu entry mau muntah pink korang nak baca pulak kan hehehe..

masa untuk pulanggggg :)

terus menaiki tour bas untuk ke destinasi seterusnya...
Kepada yang akan ke Hong Kong jangan lupa untuk ke THE PEAK ye pasti berbaloi baloi apabila melihat permandangan yang indah dari atas bukit itu.. ;)

THE PEAK I LOVE YOU ;)