Adoiiiila.. mau kejang perut Mak Dara dibuatnya bila melihat satu viral video di youtube yang sedang dishare berleluasa di facebook sekarang.. Sebuah video dari filem AVENGERS yang telah dialih bahasa ke bahasa melayu.. Kisah avengers yang lapar dan nak makan di restoran Barra di Shah Alam.. Tak pernah pulak dengar nama restoran tu sebelum ni tapi dengar cerita lepas saja video tu meletup letup dan hampir ditonton oleh lebih 200 ribu orang di laman youtube restoran tu menjadi jadi popularnya haha.. nak tengok video itu moh mak dara share kepada anda..
Amacam? kelakor betul kannnn.. Siapalah yang bikin video ni patutnya dibayar oleh pihak restoran ni kerana telah naikkan dan promosikan restoran dia tu .. mak pun tadi nak jugak tahu hebat sangat ke restoran Barra ni jadi mak pun google lah...

fanpabe Restoran Barra
Perghhh hebatnya restoran ni siap ada fanpage tuuu.. Bukan seratus dua yang like fanpage dia tapi lebih dari 17 ribu orang.. Ada antara uols yang dah pernah makan di sana? Apa komen anda? Sedap ke idok? Hmmmm tak boleh jadi ni nak kena ke sana jugaklah nanti.. nak rasa kehebatan makanan di restoran ini...