Wednesday, September 26, 2012

ZAHARUL VS ZARINA

Salam duhai teman pada tika dan waktu ini sebuah drama bertajuk ZAHARUL VS ZARINA sebuah drama komedi hasil skrip oleh somi Mak Dara Martias Ali dan mak juga ada membantu sikit dalam pembikinan drama ini.. Mak nak habaq mai yang drama ni sedang ditayangkan di saluran Astro Ria sekarang..


Drama ini telah dilakonkan oleh allahyarham Faizal, Ani Mayuni dan lain lain.. Moh mak dara sharekan sedikit sinopsis drama ini ye..

SINOPSIS
======

Zaharul bencinta dengan Rina seorang setiausaha kepada seorang Dato yang merupakan seorang usahawan yang amat berjaya namun terkenal dengan sikap gatalnya. Rina menerima banyak hadiah hadiah mahal dr Dato sehingga membuatkan Zaharul curiga akan kesetiaan Rina. melihatkan Zaharul yang terlalu stress itu membuatkan Opie teman serumah yang juga merupakan seorang make up artis memberikan satu idea kepada Zaharul untuk menguji kesetiaan kekasihnya itu. Zaharul pada mulanya menolak namun bersetuju akhirnya untuk menyamar menjadi seorang perempuan dan bekerja di syarikat Rina untuk mengitip kegiatan Rina dengan Dato itu. Kini Zaharul bertukar kepada Zarina.

Pelbagai adengan lucu yang memerlukan Zaharul dan Zarina berada di satu tempat yang sama. Dato akhirnya melupakan niatnya untuk mengorat Rina kerana kini dia tertarik kepada "Zarina". Dato ini dalam misi untuk mendapatkan Zarina.

Akhirnya semua rahsia terbongkar apabila Rina menemui barangan wanita di bilik Zaharul. Rina mahu memutuskan hubungan mereka kerana menyangka bahawa Zaharul telah mempunyai wanita lain selainnya. Ini membuatkan Zaharul terpaksa mengaku bahawa dia sebenarnya adalah Zarina.

Akhirnya setelah berbincang mereka bersatu semula dan Dato akhirnya insaf untuk tidak menganggu man mana lagi pekerja wanita kerana takut terkena seperti yang telah dilakukan oleh Zaharul/Zarina itu..

Kalau free free tu tontonlah ye.. Mak rasa ini antara skrip komedi paling lawak pernah mak dan somi tulis.. Harap uols enjoy ye