Friday, September 28, 2012

Teruja Terima Jemputan Ke Tayangan Eksklusif ZAITON CERITAKU


Mak Dara berasa amat bertuah kerana telah dijemput untuk ke Majlis Tayangan Eksklusif Dan Sidang Media Filem ZAITON CERITAKU pada 9 oktober 2012 tak lama saja lagi Waduhhhh terujaaaaa dengan jemputan ini.. 




Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan.


Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les'Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon. 

Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya. 

Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

Sekalung terima kasih kepada adik Azwan Hashim, Media Relations Executive yang sudi menjemput Mak Dara ke event ini.. Insyaallah akan cuba memenuhi jemputan ini.. Pada semua teman teman Mak Dara marilah kita sama sama sokong filem ZAITON CERITAKU dan semua filem filem terbitan tempatan kita!!




Mak Dara SAMPAIKAN PESAN Blogger Roslita Thalib

As salam duhai teman.. Masa yang dinantikan telah pun tiba bagi salah seorang peserta bertuah iaitu Roslita Thalib yang telah menyertai segmen mak dara iaitu segmen MAK DARA SILA SAMPAIKAN UCAPAN SAYA. Kini tibalah masanya untuk Mak Dara sampaikan ucapan istimewa oleh Roslita untuk ayahandanya yang tercinta iaitu ENcik Thalib...









Itulah ucapan oleh Roslita untuk ayahandanya yang kurang sihat baru baru ini. Mak Dara doakan semoga ayahanda Roslita segera sembuh seperti sediakala.. Memang seorang anak yang solehah.. Mudah mudahan semua mengambil ikhtibar dari ucapan Roslita ini supaya menjaga akan ibu dan ayah kita sebaik mungkin.. Harap harap Roslita suka dengan cara mak sampaikan pesanannya itu ye hehe 


Buat Mia Liana dan Isabel Diaz nantikan entry Mak Dara yang akan datang untuk mak sampaikan pula ucapan anda berdua ya... Alang alang berada di sini moh le kita terjah ke blog Roslita @ http://karipapkensar.blogspot.com/  jommmm!!!!

Masyaallah Moga Tak Ada Apa Apa Yang Buruk Berlaku..

Masyaallah naik getaq lutut mak dara bila tiba tiba aje tadi terdengar bunyi kuat dari luar rumah . tengok tengok ada kereta peronda polis lalu di sepanjang jalan di depan rumah  siap bukak lampu siren tu Dan pakai speaker suara dan berkata "SILA PERIKSA DAN PASTIKAN RUMAH ANDA, PAGAR DAN JUGA KENDERAAN ANDA BERKUNCI. lepas tu ayat lain tak berapa clear.. tapi part PASTIKAN PINTU RUMAH ANDA BERKUNCI tu banyak kali sebut.. Masyaallah ada penjenayah ke yang terlepas kat kawasan perumahan ni? Sebelum ni tak pernah pulak pihak polis buat macam ni sebelum ni..

Dah lah somi mak dara outstation. Habis Mak Dara gerak anak teruna mak dan jugak bibik kunci semua pintu pintu dan pasang semua lampu dalam dan luar rumah biar terang benderang sampai esok pagi.. Habis anak anak mak siapkan tempat tidur dan semua tidur dalam bilik mak semuanya..

Ya Allah ya tuhan ku.. Moga tiada perkara buruk berlaku kepada keluargaku dan semua kejirananku Ya Allah.. Amin..

Tolong doakan agar semoga semuanya selamat ya.. Kompom mak tak tidur sampai ke pagi ni..