Sunday, September 30, 2012

KU PETIK DOSA .. Waduh adakah Manusia yang sebegitu di dunia realiti ini?

Rata rata teman Mak Dara pada tika dan saat ini sedang menonton drama bertajuk KU PETIK DOSA lakonan Fasha Sanda, Fadilah Mansor, Zaidi Omar, Farah Nadia, Fikree Bakar yang ditayangkan di TV3 sekarang ni.. Mana Mak Dara tahu? Macam mana tak tahu, bila semuanya update status kat FB pasal tengok drama ni.. Drama ni berkisarkan tentang seorang Jiran iaitu lakonan Abang Zaidi Omar yang telah menodai anak jirannya yang masih kecil. Mak aiiiiiiii apa lagi.. makin banyaklah status status geram dan marah oleh teman teman Mak Dara di wall facebook mereka itu terutama terhadap Abang Zaidi.. Nak tahu apakah maknanya tu.. Maknanya Abang Zaidi Omar telah BERJAYA membawakan wataknya itu sehingga para penonton benar benar dapat merasakan marah geram menyampah dengan watak perogol yang dibawakan olehnya itu.. Terus terang Mak Dara katakan  memang tabik spring dengan Abang Zaidi menghidupkan watak itu nampak sungguh real dan kita boleh jadi terlupa bahawa itu hanyalah drama dan Abang Zaidi hanya melakukan kerjanya dengan melakonkan watak itu. Memang patutlah drama itu dipertandingkan dalam ANUGERAH SKRIN 2012 nanti.


Ramai juga yang tanya adakah manusia seperti itu wujud.. Mak dara rasa pasti ada...Tahniah kepada pihak penerbit kerana BERANI mengutarakan topik topik sensitif seperti ini. Sungguh hebat! Hmm dah lama tak jumpa dengan Abang Zaidi Omar dan bekerjasama dengan Abang Zaidi.. Masih teringat lagi lakonan Abang Zaidi dalam drama bersiri NEK NAK dan SAKA dan beberapa lagi drama hasil skrip saya dan somi. Bertapa Abang Zaidi dapat membawakan watak yang kami tulis melebihi dari jangkaan kami.. Abang Zaidi memang terbaik.. 


Tahniah dan all the best kepada pihak pengarah iaitu Jinggo dan semua warga kerja drama ini untuk Anugerah Skrin akan datang ya ;)