Tuesday, October 2, 2012

Kecoh Tentang Fenomena Halo Yang Sedang Berlaku Sekarang!

Pada tika dan saat ini di laman Facebook agak kecoh dengan fenomena HALO yang sedang berlaku.. Ramai juga yang mengambil gambar fenomena ini dan diupload di facebook mereka. Maka Mak dara pun tak lepaskan peluang untuk mengetahui tentang fenomena ini. Maka mak dara google dan kemudian snap gambar ini.  Pasti ada yang tak tahu dan pasti dah ramai juga yang dah tahu akan fenomena Halo ini.. fenomena Halo adalah satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan. Mak Dara ada snap beberapa keping gambar fenomena Halo ini dari balkoni bilik Mak Dara beberapa minit sahaja tadi. Jom Mak Dara kongsikan bersama anda ya...







orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila ingin merakam gambar halo tanpa pelingungan matahari kerana ia akan memberi kesan merbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-Lens refles (SLR).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama, keadaan itu adalah satu fenomena yang semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, dalam amalan pemerhati cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Selain itu, lapisan awan yang dipanggil cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi ada kalanya matahari atau bulan juga boleh dilihat sebagai bayangan malap emallui lapisan awan yang tebal.

Difahamkan, apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

Pada teman teman Mak Dara yang nak juga snap gambar fenomena ini Mak sarankan supaya anda jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja ya.. berhati hati..

#sumber info dari Harian Metro & pada sesiapa yang nak buat entry ni boleh le copy paste takde masalah.. sharing is caring kan just jangan lupa kredit utk blog mak ni ye.. ;)