Saturday, October 13, 2012

Tanpa mu abah.......

Lima hari telah berlalu ... dan lima hari juga aku bangun dari tidur dan mengharapkan semua yang berlaku hanyalah satu mimpi .. Aku cuba untuk tenangkan hati yang lara namun aku tak dapat tipu diri aku sendiri.. Dada makin sakit.. Terasa ada satu lubang yang amat dalam.. terasa satu kekosongan yang tak dapat digambarkan......  Abah dah pergi buat selama lamanya...

Setiap kali perkataan Abah keluar dari mulutku tatkala itu juga airmata akan mengiringi perkataan itu.. Tiada lagi bau wangi perfume abah tiap kali ke rumah abah.. Hanya bau air mawar dan bau bunga ros yang dikutip bagi menyirami pusara mu setiap hari... Tiada lagi dapat ku lihat abah dengan kain pelikat kegemarannya yang tinggal kini hanya lebihan kain kapan yang tersimpan. . Tiada lagi suara cucu cucu dan anak anak yang berebutkan remote control dengan abah untuk melihat siaran rancangan di TV, yang ada kini sebuah TV yang ditutupi dengan kain bagi menghormati pemergianmu....  Tiada lagi suara abah memanggil cucu cucu dan juga memarahi cucu cucu tiap kali mereka buat semak dan buat bising di rumah abah, yang kedengaran kini suara anak anak, cucu cucu dan suara mak  yang amat syahdu yang tak putus putus membacakan yasin dan sedekahkan al fatihah buat abah... bagai luruh hati ni bila melihat mak yang jatuh dan hampir pitam.. Mungkin kerana dah lima hari tak dapat lelapkan mata..


Kami redha.. Kami tahu tuhan lebih sayangkan abah.. tenanglah abah disana.. Janganlah abah berasa sunyi kerana kami akan melawat pusara abah setiap hari.. kami akan sentiasa merindui abah.. mengingati abah.. hanya doa dan al fatihah penyambung kasih sayang kita...


Al fatihah.....


Published with Blogger-droid v2.0.8