Thursday, November 1, 2012

Aidil Adha Pertama....

Aidil Adha kali ini merupakan Aidil Adha yang pertama buat Mak Dara dan Keluarga tanpa arwah abah... Arwah abah pergi 18 hari sebelum tibanya Aidil Adha.... Bertapa sayunya hati tatkala mendengar takbir berkumandang.. Sekiranya dulu setiap kali takbir masa itu jugalah semua ahli keluarga adik beradik masing masing sibuk dengan mengemas rumah.. tukar langsir.. masak lauk pauk dan juadah untuk raya namun kali ni.. Takbir bergema namun tiada sorang pun dalam isi rumah ibu Mak Dara yang bergerak melakukan sebarang persiapan raya... 

Tiada terdengar lagi suara arwah mengagihkan agihkan kerja kepada anak anak, menantu dan cucu cucu untuk persiapan raya.. Tiada lagi tangan yang tolong ketatkan ikatan ketupat palas.. Tiada lagi yang menaiki tangga bagi memasang lampu lampu raya yang menjadi tumpuan cucu cucu ketika pulang beraya... Tiada lagi.....Tiada lagi.......Beginikah rasanya beraya sebagai seorang yatim.... 

Tatkala mereka sedang memotong ketupad dan lemang kami bersaudara memotong daun pandan dan bunga bungaan .. Sedang mereka membuat air minuman utk para tetamu yg hadir meraikan aidil adha kami bersaudara sedang mencampurkan air mawar berama bunga bunga bagi menyirami pusara abah..


Sedang mereka berkunjung kunjungan ... Tatkala itu kami sekeluarga menziarahi kubur arwah yang sepi dan tiada bernyawa....






Ya allah ya tuhanku.... Tabahkanlah hati mak.. 
Tenangkan lah dia dengan pemergiannya ini..


 Ya Allah ya tuhan ku.... tabahkanlah hati kami.. AL FATIHAH...