Friday, November 2, 2012

Untuk Mu Abah...

Pada pagi tadi Mak Dara serta Ibu dan adik adik telah ke kubur allahyarham arwah abah Mak Dara. Hari ni genaplah 25 hari pemergian arwah Abah.. Syukur alhamdullilah kubur arwah abah Mak Dara yang berada di Tanah Perkuburan AU4 sangat dekat sekali dengan rumah kami iaitu 500 meter sahaja.. Maka telah menjadi rutin kami setiap kali sahaja ada kelapangan kami anak beranak akan ke pusara abah .. 

Semalam.. Ibu Mak Dara telah pun membeli pokok pokok baru untuk ditanam di pusara abah.. Sebelum ini kami hanya menaburkan bunga bunga dan kemudian pula hanya meletakkan batu batu sungai sahaja di kubur arwah abah.. Maka hari ini Mak Dara dan adik beradik menunaikan permintaan Ibu Mak Dara itu..


   


Adapun menanam pokok rendang di atas kubur.. Syeikh Sa’id Hawa mengulas... tatkala memperkatakan tentang hadis yang menceritakan Nabi s.a.w. memacak pelepah tamar basah di atas dua kubur agar penghuninya diringankan dari azab. Kata beliau (yakni Syeikh Sa’id Hawa); “Di dalam hadis tersebut terdapat petunjuk bahawa pentingnya kedapatan tumbuh-tumbuhan/pokok-pokok di atas kubur. Dari kenyataan ini, dapat kita simpulkan bahawa di antara adab-adab kaum muslimin bersama tanah-tanah perkuburan ialah dengan mereka menjadikannya menghijau (dengan pokok-pokok), malah jika dapat mereka menjadikannya seperti taman-taman”. (al-Asas Fi as-Sunnah Wa Fiqhuha, 3/1175).

Ibu Mak Dara di pusara abah....

Ibu Mak Dara makin hari makin susut berat badannya.. Tabahkan hati ya mak.. Kami akan menjaga Mak sebaik yang mungkin itu janji kami.... Insyaallah mak... pokok pokok yang kita tanam tadi akan terus hidup subor dan sentiasa berzikir untuk arwah abah....