Sunday, November 4, 2012

Baby Boyyyyyyyy


Syukur alhamdullilah adik Mak Dara Adza Emie baru saja selamat melahirkan anak ketiganya sebentar saja tadi.. ITS A BOYYYY!!!! Syukur syukur syukur ya Allah.. Syukur alhamdullilah...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Siapa Yang Nak Bersalin Nih..




Adoiiii laaaa.. Dada mak dara dari tadi dok dup dap dup dap.. Pastu kejap kejap rasa nak kebilik air.. Waduhhhh siapa yang nak bersalin sebenarnya  ni adesss hahaha memang nebesss habis Mak Dara tatkala ini yang sedang berada di bilik wad bersama adik mak dara adza emie yang sedang menahan sakit untuk melahirkan.. Tiap kali contraction dia datang dan tengok wajah adik mak dara menahan sakit waduhhh tak sampai hati dibuatnya..

Syukur alhamdullilah semua nurse dan doktor di Hospital Colombia Asia ni semua baik baik belaka membuatkan proses kelahiran ini menjadi lebih lancar.. Wad yang diduduki oleh adik mak ni pun selesa syukur.. Semoga semuanya berjalan lancar amin...
Published with Blogger-droid v2.0.8

Pushhhh Pushhhhhh Pushhhhhh


Pushhhhhhh Pushhhhhh Pushhhhh.. Nak tolak apa pulak mak dara pada hujung minggu ni dok asyik pushhh je ni kan.. Sebenarnya mak dara sekarang berada di Hospital Specialist Colombia Asia di setapak bagi menemani adik mak dara Adza Emie yang sedang periksa oleh doktor untuk bersalin anak ketiganya.. Pagi tadi mak call cakap yang dah pecah air ketuban.. Mak aii due date sebenarnya pada 14hb depan ni dah terawal dari tarikh ni..

Sekarang tengah tunggu keputusan doktor sama ada dah tiba untuk melahirkan atau false alarm.. Tapi kompom nak bersalin dah sebab semua tanda tanda untuk bersalin dah ada.. Doakan semoga semuanya berjalan lancar ya..

Ok emieee pushhh pushhh pushhh hehe

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kumpulan Raihan dan Somi Mak Dara

Assalam duhai teman..

Bila membaca aje tajuk Mak Dara di atas pasti ada yang tertanya tanya apakah kaitannya Kumpulan Nasyid RAIHAN dan somi Mak Dara kan.. Adakah somi mak dara bakal menyertai Raihan? Atau adakah  somi Mak Dara beli album terbaru raihan.. Macam misteri aje kan tapi sebenarnya takdelah misteri manapun.. Minggu yang lalu Somi Mak Dara Martias Ali  telah mengarahkan sebuah video klip terbaru buat Raihan dengan lagu mereka iaitu "Zakat Menjunjung Amanah"... Moh Mak Dara share sikit gambar somi Mak dan Kumpulan Raihan semasa penggambaran video klip itu ya...

Kumpulan Raihan bersama Martias Ali, krew penerbitan dan semua yg terlibat


Difahamkan bahawa mini album Raihan ini telah bergabung bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tujuan mereka supaya dapat berhibur dengan lirik-lirik yang mampu memikat orang ramai untuk menunaikan zakat rukun islam yang ketiga.

Penerbitan mini album zakat pula adalah berasaskan dakwah kontemporari melalui cakupan muzik adalah usahasama antara pihak PPZ bersama Raihan Creative atau kumpulan Nasyid Raihan.album "Zakat Menjunjung Amanah",didalamnya terdapat 15 track iaitu 4 lagu mengenai zakat yang bertajuk indahnya berzakat,rukun ketiga,rintihan taubat dan PPZ menjunjung amanah.Selainnya seperti bacaan Al-Quran,syair,skesta mengenai zakat,doa taubat dan dialog penerima zakat.

Oklah bila dah siap video klip itu Mak Dara akan upload dan sharekan bersama anda ya...