Syukur alhamdullilah sebuah proposal bertajuk Inspirasi Ibu Hamil Bersama Jamu Mak Dara telah pun Mak Dara siapkan sebentar tadi. Tapi jangan keliru ye.. proposal ini bukanlah mengenai Mak Dara tetapi dibuat atas permintaan producer iaitu Serina anak chef Wan dan juga penaja utama iaitu JAMU MAK DARA.. bukan mak dara blogger meroyan ni tau hehehe. Serina mahu menerbitkan sebuah rancangan berbentuk majalah ala ala macam rancangan Wanita Hari Ini, tapi rancangan ini adalah sebuah rancangan khas buat tontonan para ibu ibu yang hamil.
Malam ni Mak Dara akan bertemu dan mesyuarat dengan Serina mengenai proposal rancangan ni dan juga dengar khabarnya Serina ada sponsor terbaru untuk sebuah lagi rancangan. Wahhh tak sabar nak meeting dan nak tahu rancangan apa yang pihak penaja tu mahukan.. Doakan semoga meeting Mak Dara bersama Serina malam ni berjalan lancar ye ;)