Terasa bulan Oktober yang lalu merupakan satu bulan yang paling panjanggggg dan paling lama bagi Mak Dara dan keluarga Mak Dara terpaksa lalui.. Masa seakan terhenti sebaik saja arwah abah Mak Dara meninggal dunia pada tanggal 8hb Oktober yang lepas.. Rasanya sudah ramai yang tahu akan berita kehilangan Mak Dara sekeluarga ini namun pasti ramai yang tidak tahu bagaimanakah arwah Abah Mak Dara meninggal dunia.. Ye lah.. Takde pulak Mak Dara menulis tentang abah Mak Dara yang sakit, penyakit yang menimpa abah Mak Dara ataupun ayah Mak Dara di masukkan ke dalam hospital kan.. Itu kerana arwah Abah Mak Dara memang terlalu menitik beratkan tentang kesihatan dan arwah memang tidak pernah mempunyai sebarang penyakit.. Satu kurniaan Allah swt kepada arwah selama hayatnya.. Apa yang terjadi semuanya bermula pada 7hb Oktober yang lalu...
Pada pagi 7hb Oktober itu arwah Abah menerima satu panggilan telefon dari abangnya yang menyampaikan berita sedih bahawa menantunya Kak Aida telah meninggal dunia pada pagi itu setelah lama bertarung dengan penyakitnya. Abah terus menghubungi semua anak anaknya termasuklah Mak Dara dan menyampaikan berita sedih itu.. Memang terkejut dibuatnya kerana arwah masih muda lagi dan lkebih sedih kerana arwah telah meninggalkan dua orang anak yang masih kecil.. Abah mengajak semua kami untuk pergi melawat jenazah sebelum dikebumikan iaitu di Masjid Bangsar. Namun kata Abah dia rasa macam kurang sihat sikit jadi dia kata setelah melawat dia mahu segera pulang kerumah untuk berehat. Memang jarang abah cakap yang dia kurang sihat jadi Mak Dara janji akan segera bawanya pulang kerumah. Sesampainya di Masjid Bangsar, Abah bertemu dengan semua ahli keluarga yang turut hadir bagi memberikan pernghormatan terakhir buat jenazah arwah Kak Aida.
Abah berada semasa sembahyangkan jenazah Kak Aida
Di masjid itu arwah Abah bertemu dengan hampir kesemua ahli keluarganya yang jauh dan yang dekat. Terdapat sanak saudara yang telah bertahun tahun tidak bertemu juga dapat dia temui di sana. Abah jadi "lain macam" sikit bila asyik mengajak semua orang untuk datang kerumahnya. Gayanya macam nak buat kenduri aje bila bersungguh sungguh mengajak semua orang ke rumah . Abah bertemu dengan ibunya (nenek Mak Dara) dan berkata "Bila Mak nak mai rumah Nan? Nanti Mak kena mai tau..." Nenek Mak Dara kata insyaallah bila dah selesai kenduri tahlil nanti dia akan datang kerumah. Abah kelihatan seronok kerana dapat bertemu dengan hampir kesemua ahli keluarganya. Dari pendiam terus dia berbual dengan kesemua mereka.