Saturday, November 10, 2012

Ikut Rasa Binasa.. Ikut Hati Mati


Sesungguhnya dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa seakan roda ada turun dan naiknya... Maka semua pasti tidak akan terlepas dari rasa suka duka gembira sedih dan sebagainya. Masa sedang bergembira selalunya rasa macam dunia ni kita yang punya.. Diri terasa seakan berada di awang awangan. Segalanya indah belaka.. Seperti sempurna semuanya.. Namun apabila duka datang mengetuk.. Dunia yang dulu luas terasa sempit, Nafas yang panjang menjadi singkat, kaki yang gigih melangkah terasa lemah..  segala impian menjadi hancur, masa depan nan cerah menjadi kelam.. segala yang dipunyai makin hilang dari gengaman.. 

Pernah anda berasa seperti ini? Jika ya... Jangan diturutkan kata hati.. Tatkala anda dalam keadaan seperti ini sesungguhnya syaitan akan menjadi peneman sejati.. Ya benar berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. namun sedarlah bahawa Allah swt tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan batas kemampuannya.. 


Semua manusia pasti tidak akan terlepas dari menerima ujianNya kerana Allah swt memberi peluang untuk kita bagi mendapatkan anugerahNya. Janganlah menganggap bahawa hanya diri kita sahaja yang diberi ujian yanng amat dasyat kerana pastinya ada yang menerima ujian yang lebih berat dan dasyat daripada kita ini. Terpulang kepada kita bagaimana penerimaan dan cara kita menghadapi ujian tersebut. Namun satu pesanku.. Jangan terlalu ikutkan perasaan kerana Ikut Rasa Binasa.. Ikut Hati Mati...

Hanya untuk renungan...