Sunday, November 11, 2012

Maal Hijrah 1434H Dan Impian Ku..

Assalammualaikum duhai teman..
Pada malam ini Mak Dara terpanggil untuk menyertai sebuah segmen dari blogger hebat dan juga antara sifu Mak Dara dalam dunia Blog ini iaitu Blogger Hasrul Hassan atau Mak selalu memanggilnya dengan HH sahaja.. Memang menarik segmennya yang memerlukan setiap peserta membuat sebuah entri ringkas kurang daripada 100 patah perkataan, menyatakan apa yang ingin anda capai sebagai seorang Muslim di tahun baru 1434H, dan apa yang anda tidak mahu ulangi di tahun 1433H.




Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menyambut  Maal Hijrah 1434H ini. Bagi umat Islam, sambutan ini untuk kita memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah .. Pada tahun  ini Mak Dara ada menyimpan satu impian.. Impian Mak Dara untuk tahun baru 1434H ini ialah untuk melakukan umrah bersama suami dan Ibu Mak Dara yang tercinta.. Impian ni dah lama tersimpan sejak arwah ayah Mak Dara masih bernyawa lagi namun apa kan daya tuhan lebih menyayanginya..Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya itu namun impian ini tidak akan mak dara ketepikan begitu sahaja.. Mak Dara tetap mahu menunaikan impian Mak Dara itu walaupun Ibu Mak Dara terpaksa pergi tanpa arwah abah.. Insyaallah

Dan di tahun 1433H yang mulia ini Mak Dara tidak lagi mahu mengabaikan TANGGUNGJAWAP Mak Dara SEBAGAI... 

ISTERI kepada seorang suami yang amat Mak sayang dan cintai.... 


sebagai IBU kepada 4 orang anak anak Mak Dara...


sebagai ADIK dan KAKAK kepada 5 orang saudara Mak Dara 


dan akhir sekali Mak Dara ingin menjadi seorang ANAK 
yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya 
dan mahu lebih berjasa kepada Ibu Mak Dara..


Mudah mudahan segala impian ini mendapat keredhaannya dan semoga dipermudahkan Insyaallah...selamat menyambut Maal Hijrah 1434H kepada semua rakan blogger yang beragama Islam. Marilah kita menyambutnya dalam suasana penuh kesyukuran.


Pada yang mahu menyertai segmen ini sila klik di SINI ya