Monday, November 12, 2012

Terharu Dengan Profile Picture FB Angah Rajalawak

Waduhhhh sebentar tadi mak terkejut apabila melihat satu notivication di FB.. Angah Rajalawak baru saja update profile picturenya di FB.. Nak tengok profile picture terbarunya? Jap Mak Kasi uplaod..



dari kiri Saiful APek, Adza Rina, Adza Irda(MD),
Adza Tuty, Adza Yanie dan Angah

Haaa pasti ada yang tertanya tanya kenapa pulak Mak Dara nak terharu dengan gambor profile picture Angah tu.. Maunya tak terharu gambar itu adalah gambar Mak Dara bersama band Mak Dara D'ADZA ketika kami menjadi jemputan dalam rancangan AC? bersama sama dengan boss kami Saiful Apek dan juga Angah... Harap maaf ye mak dara time tu berimej lain dari yang sekarang .. Sebab tu lah mak dara terkejut bila terbaca notivication di FB mak dara tu ;)


Sebenarnya Angah dan keluarga Mak Dara dah lama kenal sebelum Angah menyertai Raja Lawak lagi.. Dan kami sama sama berada dalam satu bumbung pengurusan di GITU GITU PRODUCTION yang dimiliki oleh Saiful Apek.. Waduhhh memang kenangan terindah betul masa sama sama berlakon dan sama sama merakamkan album bersama sama dahulu.. Kenangan yang amat terindah...

Angah sekarang tetap seperti Angah masa Mak Dara jumpa dulu dulu..  Dia tetap humble.. baik hati seperti dulu..  Tiada banyak berubah.. kecuali kejayaannya dalam bidang seni sekarang semakin menyerlah.. Mak Dara turut berbangga dengan pencapaian Angah dan semoga angah bertambah tambah maju jaya dan menjadi artis tersohor di tanah air.. All the best Angah!!


Selamat Harijadi Buat Blogger Eqbal Zack

Hari ini bertarikh 12.11.12 adalah hari yang amat bermakna buat blogger hebat iaitu Adik Eqbal Zack kerana hari ini beliau meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 38!! 

Siapa Eqbal Zack? Mustahil takde seorang blogger yang tak kenal dengan beliau..Baik blogger yang lama mahupun blogger yang baru pasti semua mengenali beliau..  Adik EQ memang seorang blogger yang hebat dan blognya http://www.eqbalzack.com merupakan antara blog yang terhebat di Malaysia.

Walaupun usia Mak Dara muda 3 tahun daripada Adik Eqbal, namun Mak Dara lebih selesa bahasakan diri Mak Dara sebagai Kakak . Almaklumlah sesuai dengan diri Mak Dara yang dah ada ramai anak ni kan hahaha... Mak Dara pertama kali bertemu dengan beliau pada malam anugerah World Bloggers & Social Media Awards 2012 pada awal tahun yang lalu..

Mak Dara & EQ @ World Bloggers & Social Media Awards 2012 

Dan kali kedua ketika Mak Dara dan keluarga telah pergi ke rumah terbuka sempena Aidilfitri yang lalu...

Mak Dara dan family bersama EQ dan kakaknya

Adik Eqbal memang seorang yang sungguh peramah, baik hati dan rendah diri.. Oleh kerana itu dia amat dihormati oleh semua orang termasuklah Mak Dara dan keluarga.. Mak Dara rasa amat berbesar hati dapat mengenali Adik Eqbal ni..  Akhir kata...Selamat Harijadi Dik.. Semoga semua impian dan cita cita adik akan tercapai ya.. Dan semoga pengajian PHD adik  di AUstralia berjalan dengan amat baik sekali..




Kisah Isabella

Asyik asyik dengan entri meroyan Mak Dara aje kan.. Takut pulak kalau banyak sangat entry meroyan nanti anda semua terjangkit hehehehe... Ok hari ini Mak Dara nak kongsikan kisah Isabella.. Siapa Isabella....?


Budak busyukkk ni lah Isabella.. Adza Isabella.. Anak bongsu.. anak keempat Mak Dara hehe.. Kisahnya pada Sabtu yang lalu kami sekeluarga ke sekolah tadika Isabella . Isabella dan rakan kelas nya ada membuat persembahan untuk Majlis Ihtifal di sekolahnya.. Isabella dan kawan sekelasnya membuat persembahan di majlis itu dengan menarikan sebuah tarian dengan lagu ibuk ibuk bapak bapak (lupa lah pulak tajuk lagu tu haha) .. Macam tak sesuai le pulak cikgunya memilih lagu itu untuk ditarikan oleh kanak kanak umur 5 tahun hahaha tapi rasanya mesti lagu itu lagu peberet cikgunya hehe.. Ok moh layan gambar Isabella joget ye..


Isabella dan kawan kawan menanti untuk membuat persembahan

Hahaha belom naik pentas si busyuk ni dah mula gojet haha

Its show time..

sambil menari sambil cikgu betulkan position hehehehe


Tiba tiba dia blur pulak hehehe

Nak pecah perut juga dibuatnya melihat keletah Isabella dan rakan rakannya membuat persembahan.. Sorang ke kiri sorang kekanan.. Takpe.. Janji happyyyyyy kann.. Sooo proud of you my Isabella.....