Semalam Mak Dara , somi dan anak anak go on our movie date.. Filem yang menjadi pilihan adalah SKY FALL aka Langit Runtuh hehe.. Di mana lagi untuk kami menonton jika tidak di TGV Wangsa Walk Mall yang hanya 2 minit sahaja dari rumah Mak Dara..
Mak Dara dan anak anak
Dan inilah antara aksi aksi anak anak dan somi Mak Dara yang teringin nak berlawan dengan si Jebon errr James Bond hahaha
somi Mak Dara

Adza Haiqal & Adza Isabella
Adza Danina Adza Kasih
Ok kita tinggalkan aksi aksi ganas keluarga Mak Dara dan berbalik pada filem ini.. Pada pendapat Mak Dara filem Bond terbaru ini bagus dan tidak menghampakan .. Ia sama menghiburkan seperti filem filem Bond yang sebelumnya. 5 minit permulaan filem membuatkan degupan jantung berdegup kencang sehinggalah ke akhirnya... Filem kali ini membawa banyak kelainan dari segi jalan cerita , lokasi, gadget dan banyak lagi.. Bagi Mak lokasi baru bagi pejabat HQ MI6 yang berada di bawah tanah memang amat berlainan dari filem filem Bond yang lain di mana HQ di filem yang lain sungguh canggih dan sofistikated. Begitu juga dengan gadget yang digunakan oleh Bond.. Dalam filem Bond kali ini hanya sedikit saja yang digunakan seperti senjata pistol yang hanya dapat dipakai oleh Bond seorang sahaja dan juga "radio" kecil yang dapat menjejak lokasi Bond dan beberapa gadget lagi.. Berbanding dengan Filem Bond yang lain di mana gadget gadget canggih menjadi antara prob utama filem filem itu.
Lain orang lain pendapatnya namun bagi pendapat Mak Dara tentang heronya.. Hmmm Daniel Craig memang bagus membawakan watak sebagai Bond namun Mak Dara tetap meminati Pierce Brosnan sebagai Bond sampai bila bila ;)
DANIEL VS PIERCE
Begitu juga dengan Bond Girl.. Berbanding Bond Girl yang terbaru ini iaitu Naomi Harris.. Mak Dara lebih meminati Halle Berry...
NAOMI HARRIS VS HALLE BERRY
Namun keseluruhannya SKY FALL memang antara filem Bond yang terhebat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton Filem James Bond ini ya...