Assalammualaikum duhai teman..
Dalam Mak Dara sibuk seharian mengucapkan Selamat Deepavali kepada teman teman Mak Dara yang beragama Hindu di Facebook dan di blog tetiba tertanya tanya jugak Mak Dara boleh ke kita mengucapkan selamat bagi perayaan selain dari perayaan kita? Ye lah dah tua tua mcam ni kadang kadang perkara perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya perlu juga tahu hukum hakamnya kan tak boleh main bedal lagi sebab sebagai ibubapa kita menjadi teladan pada anak anak dalam setiap apa yang kita lakukan.. Maka apa lagi teruslah Mak google... Dan mak jumpa artikel ini dalam blog Ustaz Love...
Soalan :
Apakah hukum mengucapkan Selamat Deepavali kepada mereka yang beragama Hindu?
ويقول في تهنئة اليهود والنصارى في أعيادهم
هذه حقوق
مشتركة، فإذا كان الكتابي يأتي ويهنئك ويعيد عليك في عيدك ويشارك في
أتراحك ومصيبتك فيعزيك بها، فما المانع من أن تهنئه بعيده وفي أفراحه
وتعزيته في مصيبته؟ الله سبحانه يقول: “وإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ
فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا” (النساء: 86)، وهذا لا يعني
أن نحتفل معهم، إنما نهنئ فقط، وهذا من البر والقسط الذي جاء به هذا الدين
Maksudnya : Dan
dia (al-Qaradhawi) berkata tentang mengucap tahniah kepada perayaan
Yahudi dan Kristian : “Ini (ucap tahniah) termasuk dari hak-hak bersama.
Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu
dengan perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan
dia mengucapkan ta’ziah kepada kamu dengan kedukaan dan musibah
tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi tahniah
dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam
musibah yang menimpanya. Allah berfirman : “Apabila kamu dihormati
dengan satu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa.” (al-Nisak : 86). Ini tidaklah bermakna kita menyambut perayaan mereka bersama mereka. Sebaliknya kita hanya mengucapkan tahniah sahaja. Inilah daripada kebaikan dan keadilan yang datang bersama agama ini (Islam).”
Jelas, bahawa mengucapkan selamat deepavali kepada kenalan dan
kawan-kawan kita yang beragama hindu tidak dihalang di dalam Islam. Apa
yang mustahak di dalam hal ini ialah tujuan kita mengucapkannya bukan
untuk menyambutnya bersama. Malah yang demikian adalah demi menghormati
budaya dan adat orang lain.
Maknanya dengan menghormati hari-hari kebesaran orang
bukan Islam sedikit sebanyak dapat memecahkan tembok salah faham Islam.
Dengan demikian agama Islam akan menambat hati-hati mereka kerana
kaindahan ajarannya yang sarat dengan ihsan dan kebijaksanaan sekali gus
menjadikan Islam agama yang dihormati.
Pendek kata tak salah kalau kita nak ucapkan Happy Deepavali ke, Merry Christmas ke, Happy Chinese New Year ke atau mana mana perayaan lagi. Lagipun negara kita kan negara majmuk banyak agama dan budaya katakan...Maka ucapkanlah selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik dan membawa kepada kecacatan akidah.
#Mak Dara bukanlah bijak pandai dalam hal agama cuma Mak Dara mahu sharekan apa yang Mak Dara baru tahu/pelajari.. Jika ada yang salah silalah betulkan Mak Dara ye..