Mak Dara baru saja pulang ke rumah dari bertemu dua rakan blogger Mak Dara iaitu Sofea & Watie.. Kami bertemu di Jaya Jusco Aeon AU2..
Dari kiri Sofea, Mak Dara dan Watie
Haaa itulah wajah teman blogger baru Mak Dara iaitu Sofea dan Watie..(sila abaikan muka Mak yang sememeh dan tak bersiap itu ye hahaha ala ala santai le kononnya hahaha) Kelakar jugak bila Mak Dara menunggu ketibaan Sofea dan Watie yang dah call dan katakan mereka dah sampai di hadapan Starbuck Jaya Jusco itu namun puas le Mak Dara cari tapi tak berjumpa.. Rupa rupanya Mak Dara dah salah tempat daa.. Mereka nak jumpa Mak Dara di Jaya Jusco AU bukannya di Jaya Jusco Alpha Angle Wangsa Maju tu hehe.. Sorry le bila malam menjelma meroyan Mak Dara pon tiba kira nak terjahhh je mana mana tempat yang rasa dekat dengan rumah Mak hahaha.. Dan syukur alhamdullilah akhirnya kami berjumpa juaaa...
Memang cunnn kannn mereka berdua.. Tetiba terasa diri Mak Dara gergasi pulak bila diapit oleh dua wanita yang sungguh gojesss dan kecil molek itu...Macam tak percaya aje bila Watie beritahu yang dia mempunyai 3 orang anak.. What tiga orang? Ingatkan masih bujang dan belom berkahwin lagi... Apa rahsianya kekal lansing macam tu? Haaaaa lepas habis soal jawab Watie dan Sofea masing masing berkongsi rahsia bagaimana mereka kekal langsing pada Mak Dara... Nak tahu rahsia mereka kekal langsingggg? Haaa itu kena tunggu dalam next entry Mak Dara.. Ala ala macam menonton drama bersiri pulak kan Mak Dara malam ni.. Takpelah baru ada suspengnya kannn... Almaklumlah kalau dah penulis skrip tu memang susah nak buang habbit kasi orang suspen je keje mak hehe..
Apa apa pun terima kasih kepada Sofea dan Wati kerana sudi untuk melayan celoteh Mak Dara yang nonstop tu dan semoga tak serik bertemu dengan Mak Dara lagi ye.. Dan semoga kerjasama kita berjaya Insyaallah.. "KERJASAMA" apa? Tunggguuuuuu hehehe
#hmm bilalah boleh bertemu dengan anda semua pulak ye.. Ada ke yang sudi bertemu dengan Mak Dara ni hehehe