Sunday, November 25, 2012

Asia's Next Top Model

Mak Dara merupakan antara peminat tegar AMERICAN'S NEXT TOP MODEL yang telah dihoskan oleh Tyra Bank dari season pertama hinggalah ke season 18 British Invation.


 
Tyra Bank Host AMERICA'S NEXT TOP MODEL

Dan paling besttttt apabila baru menonton ASIA'S NEXT TOP MODEL yang baru sahaja ditayangkan episod pertamanya di channel Starworld 711 sebentar tadi.. Wahhhhh peserta dari Malaysia pon ada okayy.. Meh Mak Dara kongsikan bersama anda para peserta untuk ASIA'S NEXT TOP MODEL INI..
 
Nadya Hutagalung hos ASIA'S NEXT TOP MODEL


http://www.timeoutkl.com/uploadfiles/image/Events/Film/Big/asias_nexttopmodel.jpg
Host dan semua peserta ASIA'S NEXT TOP MODEL
 
MELISSA - Malaysia

JEE - Korea
KATE - Taiwan
AASTHA - Nepal
 
MONICA - Thailand
 
RACHEL - India
 
HELENA - Hong Kong
 
 STEPHANIE - Philippines
 
SOFIA - Japan
BEI SI - China 
 
FILANTROPI - Indonesia  
 
JESSICA - Thailand
 
TRANG - Vietnam
Haaaa itulah antara peserta Asia's Next Top Model 2012.. Dan pada episod pertama malam ini peserta dari Singapore telah menjadi peserta pertama yang tersingkir..
 
KYLA - Singapore  

Apa apapun ayuh kita terus support Melissa peserta dari Malaysia.. Semoga menjadi pemenang  Asia's Next Top Model . Jangan lupa untuk menonton Asia's Next Top Model setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Starworld :)


#gambar hakcipta terpelihara https://www.facebook.com/AsiasNextTopModel

Sejuk Perut Ibu !

Ohhhhhh sejuk perut ibu sesejuk air terjun yang mengalir Mak Dara rasai apabila tengah sedap sedap menonton TV dan tiba tiba anak sulong Mak Dara Adza Haiqal datang dari arah dapur dan membawakan ini untuk Mak Dara...



Tak perlu diminta tak juga meminta tapi tiba tiba Eqal bawakan mee goreng sedap yang telah dimasaknya sendiri untuk Mak Dara.. Siap dengan telur gorengnya siap dengan limau siap dengan cili api.. Macam tau tau aje yang mama dia ni memang sukaaaaa makan pedas pedasssssssssss... Eqal memang minat sangat memasakkkk.. Harap harap besor nanti dia jadi Chef yang berjaya mudah mudahan..

Ohhhh lengkap hujung minggu ku dengan kasih sayang dari anak anak.. Dah besar panjang dah dah bujang anak ku ini.. Pandai ambil hati mak.. Siapa yang nak buat menantu sila tinggalkan detail di bawah ye hehehehe..

To Eqal.. Terima kasih Eqal.. Sedapppp sangat meggi goreng yang eqal masakkan untuk mama.. Sayanggg Eqal ;)

Nota khas kepada yang bergelar Menantu


Mak Dara terjumpa satu nota yang telah dikongsikan oleh teman Mak Dara di facebooknya dan Mak Dara terpanggil untuk kongsikan nota ini bersama sama anda. Semoga kita semua mendapat manfaat dari pembacaan nota ini mudah mudahan insyaallah...


Di suatu hari Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Di mana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah.
Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih." (Surah Ibrahim, ayat 7)