MAJALAH HIJABISTA merupakan sebuah majalah pertama di negara ini khusus bagi memenuhi cita rasa dan bertindak sebagai peneraju arah dan inspirasi kepada dunia fesyen berhijab. HIJABISTA, datangnya dari ungkapan slanga yang menggabungkan dua perkataan iaitu hijab dan fashionista.
Kemunculan majalah bulanan ini akan membantu generasi muda, berusia antara 21 hingga 35 tahun, untuk menyambut revolusi hijab yang hangat diperkatakan dalam dunia fesyen tempatan dan antarabangsa masa kini. Mak Dara telah menerima jemputan untuk ke Majlis Pelancaran Web bagi Majalah Hijabista ini pada 21hb November yang lalu dan bertempat di RED BOX 101 Mall Puchong. Mak Dara telah membawa bersama rakan rakan blogger Mak Dara iaitu ACIK TOPI , Aimi Hazerin, Blogger DEAR LADY dan juga Yana Yassin ke majlis itu.. Mari Mak Dara kongsikan gambar gambar kemeriahan sepanjang majlis itu ya..


Mak Dara dan teman antara yang pertama tiba di majlis itu.

kedatangan kami disambut oleh edoitor majalah HIJABISTA Nursuziana Zulkifli

Mak Dara bersama Yana Yassin, Aimi dan Blogger Dear Lady


Mak Dara bersama Acik Topi yang memeriahkan majlis

"Anuar Zain" in da house uols hehe

Mak Dara and the gang

Suzi bersama pengacara majlis Farrah

Web Launch Majalah Hijabista




Nursuziana bersama banner pelancaran web Majalah Hijabista



Orang orang kuat Majalah Hijabista


Irma Hasmi dan suami yang baru tiba ke majlis

Acik Topi masuk pertandingan "Gangnam Style"

Ewahhhh Acik Topi.. Gangnam jangan tak Gangnam hehe


Dan akhirnyaaaa... Acik Topi menangggggg!

Mak Dara pun nak berGangnam jugak hehe

makan makan timeeee

memang sedappp . all you can eat buffet ;)

antara jelitawan yang hadir pada majlis itu


sempat posing lagi semasa majlis berlangsung hehe

Aimi Hazerin dan blogger Dear Lady

para hijabista dan fashionista di majlis itu

Mak Dara bersama blogger hebat AmiSchaheera

Ohhh sungguh teruja bila Ami mengenali dan mengingati nama Mak Dara auwww. tks Ami it really means a lot to me!!!!

Mak Dara dan Farrah

Hijabista dan fashionista bergabung meletop!

Orang orang kuat Majalah Hijabista ;)
Bertepatan dengan tagline majalah Hijabista.. Majlis itu berlangsung dengan penuh stylo dan sopan sekali.. Seramai 125 orang tetamu telah menghadiri majlis ini. Mereka terdiri daripada para selebriti , blogger dam semua yang terlibat dalam majalah Hijabista ini. Hampir semua yang hadir ke majlis itu telah mengikut tema yang telah diberikan iaitu Barouque Inspired. Tahniah kepada editor majalah Hijabista Nursuziana Zulkifli serta semua yang terlibat dalam menjayakan majlis serta majalah yang sungguh hebat itu.. !!
Mak Dara juga mempunyai kenangan Manis bersama sama Majalah Hijabista tak lama dulu apabila gambar Mak Dara turut dimasukkan ke dalam artikel keluaran pertama majalah ini dulu .
Wahhh sempat juga promo gambor sendiri kan hehe.. Mari kita terus support MAJALAH HIJABISTA dan semoga majalah HIJABISTA menjadi majalah nombor satu Malaysia dan seterusnya membawa nama negara ke mata dunia!
Mak Dara juga mempunyai kenangan Manis bersama sama Majalah Hijabista tak lama dulu apabila gambar Mak Dara turut dimasukkan ke dalam artikel keluaran pertama majalah ini dulu .

Pic Mak Dara bertudung leopart di majalah Hijabista Edisi 1 ;)

pssstttt jangan lupa dapatkan Majalah Hijabista edisi 6!! dan jangan lupa untuk layari laman web MAJALAH HIJABISTA iaitu di http://hijabista.karangkraf.com/