Wednesday, November 28, 2012

Kisah Malaysia VS Laos dan Kisah Potong Dan Bogel

Haaaa amacam semua.. ada happy? Ada gumbira? Ada bunga dalam taman bila tengok Perlawanan Malaysia lawan Laos tadi.. Mak Dara ni bukannya fan sangat pasal bole bola ni.. Al maklumlah tipical perempuan duduk depan TV pun just untuk meneman somi Mak lah yang memang kaki bola ni.. Pasti ada yang tertanya tanya kenapa pulak tajuk Mak Dara "LAIN MACAM" aje malam ni.. Ok Mak bukanlah nak bincang pasal permainan bola tadi.. Ye lah bila tak arif pasal sesuatu baik jangan memalukan diri sendiri kan.. Yang Mak nak cerita ialah mengenai status status yang menjadi sangat PANASSSSSSSSSSSSSSS di facebook malam ni.. 

Rata rata di facebook Mak Dara bercakap pasal "POTONG" dan "BOGEL" bila upkan status mengenai match bola malam ni.. Pada mulanya Mak pun memang tak faham apa kena mengena bola tu dengan potong dan bogel.. Tapi setelah mak scroll punya scroll news feed teman teman Mak Dara barulah Mak faham apakah kaitannya bola dengan potong dan bogel.. 

Rupa rupanya ada beberapa orang telah upkan status mereka dengan kata kata yang agak PANAS... Maunya tak panasss.. sorang kata.... 

" MALAM INI BERSAKSIKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA, 
AKU AKAN POTONG AKU PUNYA #*&* KALAU MALAYSIA MENANG!"

Sorang lagi pulak kata....

"I Promise!
Kalau Lah Malaysia Menang Lawan Laos Malam Ni
Aku Berani Bogel Lah Depan Pavilion"

Makkkk aiiiii punyalah berani dan panas status mereka tu kan.. Dan dengar ceritanya... penuhhhh di fanpage gadis itu dengan kata kata agak kasar oleh penyokong penyokong bola sepak negara. 

Hmmm bagi Mak Dara memang lah status itu agak panas namun mungkin faktor usia mereka masih muda , remaja dan belia maka perkara perkara macam ini boleh terlepas tanpa berfikir panjang.. Kesian juga apabila melihat kata kata kesat dilemparkan pada mereka .. Anggap sahaja lah mereka ini masih mentah.. Janganlah ikutkan sangat perasaan tu.. Happykan balik diri anda dengan kemenangan Harimau Malaya pada malam ini.. Betul tak? 
Namun perkara seperti ini boleh dijadikan pengajaran kepada mereka dan kita semua supaya berfikir sebelum bertindak.. Bak kata orang orang tua terlajak perahu boleh diundur.. Terlajak kata..... Hmmm.. Itu kata orang orang tua lah kata orang orang muda . "If you have nothing nice to say then don't say anything at all.. :) haaaa tu diaaa Mak cakap omputih uols hehehe

mak dara NO KOMEN
peace ya al....

Somi Mak Dara Pemenang Utama Peraduan Telekom Malaysia

Oh Mak Gayah.. Dalam kesakitan Slip Disc sejak semalam tiba tiba somi Mak Dara Martias, menerima satu panggilan dari seseorang. Tiba tiba terdengar somi mak berkata "Menang?" uik menang apa pulak dah ni.. Setahu Mak Dara somi Mak Dara takde lah masuk mana mana pertandingan.. Lainlah macam Mak Dara ni masuk macam macam pertandingan dan yang terbaru Mak Dara join contest anjuran Denaihati iaitu iphone 5 gadget impian contest .. teringin nak menang iphone katanya hehehe.. Tapi part somi mak dara ni yang musykil sikit ni menang apa pulak ni..

Mak biar je dia habis bercakap di telefon.. Sebaik habis je bercakap bersama pekerja Telekom Malaysia tu Mak terus terjah.. Menang apanya Yang ? Somi mak kata dia menang peraduan yang dianjurkan oleh TM. Dia kata masa dia mohon pemasangan telefon dan UNIFI di rumah beberapa bulan yang lepas dia ada tulis satu borang pertandingan yang disuruh oleh pekerja TM tu.. Memang takde niat langsung pun nak menang ke apa tup tup terkejut bebenor bila diumumkan jadi pemenang.. Pemenang hadiah utama pulak tu hehehe.. Syukur alhamdullilah rezekiiiii...
Susulan dari panggilan telefon itu , somi mak dara kemudian menerima pula email dari pihak TM. Syukur alhamdullilah dalam kita menghadapi dugaan tuhan memberi rezekiNya.. syukur alhamdullilah.. Harap harap nanti somi mak dara jangan over exited dan nak mengangkat pulak TV yang dia menang tu masa majlis penyampaian hadiah tu nanti bertambah teruk sakit belakangnya nanti hehehe..


Somi Mak Dara Mengalami Slip Disc

Sejak kebelakangan ini sekembalinya saja somi Mak Dara dari kerjanya di Kambodia dia asyik mengadu sakit sakit pinggang belakangnya.. Makin hari jadi makin sakit sehingga untuk tunduk sedikit pun dia pasti sakit. Jadi semalam Mak temani somi mak ke Hospital Ampang Puteri untuk periksa apakah yang terkadi pada tulang belakang somi Mak Dara itu.. 

Somi mak sedang menunggu giliran 

somi mak dara sedang membuat pendaftaran

Tidak lama kemudian tibalah masanya somi Mak Dara masuk dan bertemu doktor iaitu Doktor pakar Otopedik iaitu DatoDrSyed Abdul Latiff Alsagoff   iaitu seorang doktor pakar dalam bidang Orthopaedic Surgery dan Trauma Surgery Setelah membuat pemeriksaan yang amat teliti dan mengambil masa yang amat lama akhirnya Doktor mengesahkan bahawa somi Mak Dara mengalami penyakit Slip Disc.. Masyaallah terkejut somi dan Mak mendengarnya... 


Apa itu slip disc?
Banyak istilah digunakan, antara yang popular ialah slip disc. Ada juga yang memanggil dengan nama prolapsed disc, atau herniated disc .Seperti dalam gambar, kita boleh lihat mana tulang dan mana disc. Fungsi disc ini macamlah seperti pelapik atau bushings yang membenarkan kita melentok-lentok. Disc ini tidak terkeluar, sebaliknya akan penyek seperti plastisin dan menekan saraf tunjang. Apabila ini terjadi, pesakit mula-mula hanya rasa sakit belakang seperti sengal-sengal sahaja. Walaubagaimanapun, lama-kelamaan geseran & tekanan disc terhadap saraf akan menyebabkan radang saraf yang menyebabkan sakit belakang dan kekurangan upaya. Setiap saraf tunjang itu akan ke bahagian-bahagian tertentu badan kita, sebagai contoh disc yang terletak pada kedudukan Lumbar 4 atau 5 (L4/L5) berhubung ke kawasan pinggang ke bawah. Dan inilah bahagian yang paling banyak berlaku slip disc dan masalah saraf kerana tekanan badan tertumpu di bahagian tersebut, dan apabila ini berlaku ada yang akan menghadapi kekebasan, kesukaran menggerakkan kaki, jalan perlahan, dan jika parah sehingga tidak boleh berjalan.


Namun syukur alhamdullilah kerana somi Mak Dara dapat mengesan penyakit ini pada peringkat awal dan dapat diubati dengan makan ubat sahaja.. Nasib baik somi mak tak membiarkan sahaja sakitnya itu dan terus membuat pemeriksaan, jika tidak pasti keadaan sakitnya menjadi lebih teruk. Kata doktor kalau dah teruk kena buat pembedahan..Syukur alhamdullilah belum ke tahap itu. Somi Mak Dara tidak mahu dimasukkan ke dalam wad dan meminta untuk pulang berehat di rumah. Namun doktor menasihatkan jika keadaan sakit somi mak dara tidak baik juga atau semakin teruk dalam masa 2 minggu, dia dinasihatkan untuk terus bertemunya secepat mungkin.. 

somi mak dara menunggu untuk mengambil ubat

masa untuk mengambil ubat

Terkejut juga apabila menerima ubat yang sebegitu banyakkkk.. Tapi tak apa demi untuk kesihatan somi mak janji akan habiskan kesemua ubat ubat itu.. Untuk kebaikan terpaksa lah kan...

haaaa banyak bebenorkan ubatnya

masa untuk makan ubat ye sayang.. :(

Sekarang somi mak terpaksa berehat untuk tempoh tertentu.. Katanya sebaik bangun tidur tadi.. Ubat yang diberikan doktor tu sungguh kuat rasa macam nak demam dibuatnya.. Alaaaaa kesiannya melihat wajah somi mak.. Rasa macam nak tanggung juga sakit yang dihadapinya tu.. 

Doakan semoga somi mak segera sembuh ya.....