Semalam merupakan hari jadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 dan yang
terkini, al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim
Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke 85. Semalam juga
sudah genap 51 hari arwah Abah Mak Dara bertemu ilahi.
Ini adalah gambar arwah Abah Haji Adenan Bin Arshad, mendapat pingat daripada Tuanku, pingat PJK, iaitu Pingat Jasa Kebaktian beberapa belas tahun yang lepas di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Pingat ini dikurniakan kepada seseorang yang telah menyumbangkan khidmat dan telah menunjukkan perkhidmatan taat, setia dan berbakti kepada negeri dan negara dalam apa jua lapangan sekali pun. Arwah adalah seorang suami, cikgu, kawan dan seorang abah yang banyak berjasa kepada anak-anaknya, anak muridnya, kawan- kawannya, jiran-jirannya, rakan sekerjanya dan cucunya. Yang tinggal kini hanyalah pingat yang diterimanya daripada duli tuanku yang masih berada tanpa terusik di almari rumah Ibu... Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, arwah Abah meninggalkan kami dengan jasa-jasanya yang tak terbilang.
Al Fatihah buat mu abah.. Moga kau tenang di sana.........

