Monday, December 3, 2012

IKUT HATI MEMANG AKAN TUTUP BLOG INI!


sedihhh... terlalu sedihhhh... memang mak sayangggg sangat dengan blog mak ni. Walau pun blog mak hanyalah sebuah blog picisan dan banyak entry entry meroyan namun ia adalah tempat mak meluahkan segala galanya.. Hampir setahun 11 bulan mak menghabiskan masa mak di blog ini dan hari ini blog mak menghadapi masalah.. masalah nya apabila semua gambar gambar menjadi hitam... termasuk header.. background and all.. gambar gambar di dalam entry juga telah bertukar menjadi hitam...




Ada beberapa teman blogger Mak Dara yang prihatin turut bertanya hal ini di kotak komen Mak Dara...


Masyaallah sedihnya hati kali ni dah masuk dua kali blog Mak Dara jadi begini... Dulupun sama jugak memang semua entry yang bergambar tak dapat diselamatkan dan nampak gayanya ia akan berulang sekali lagi.. Telah banyak kali mak dara cuba upload semula gambar gambar itu.. tukar kembali header tukar kembali gambar di footer.. gambar di sidebar and all . Dah berapa jam ni edit rasanya akan terus edit sampai ke malam buta lah ni... Syukur alhamdullilah beberapa part dah kembali normal cuma yang tak dapat diselamatkan ialah gambar di entry entry.. Rupanya bukan satu dua aje entry yang hilang gambar dan bertukar jadi hitam, tapi lebih dari setengah entry mak dara selama mak berbloging hampir dua tahun ni dah bertukar jadi hitam macam gambar di atas tu.. Yang paling sedih adalah entry contest yang mak usahakan sejak dari bulan lepas iaitu entry iPhone 5 Gadget Impian.. Banyak gambar gambar yang telah mak edit dan mengambil masa selama berhari hari untuk membuatnya hilang dan bertukar hitam begitu saja. 

Terus terang mak katakan... hati menjadi tawar untuk meneruskan hayat blog ni.. Dah banyak tanya kawan kawan di FB dan memang banyak cadangan di berikan tp mak sememangnya amat blur dan tak tahu bab bab IT ni.. Dan mak sudah tak tahu lagi macam mana nak betulkannya untuk jadi seperti dulu balik.. sungguh kalau ikutkan hati memang mak nak tutup aje blog ini....................


Mak Dara di Konsert JLO - Sneak Peak

Al kisahhhhhhh... toib.. Maka tersebut lah sebuah kisah... Toib.... Mak Dara dan somi berserta adik beradik Mak menonton concert JLO  Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012.. toibbbb hehehe.. Ya itulah kisahnya.. Fuhh sekarang dah lewat tengah malam.. Mak Dara serta family dan adik beradik baru pulang dari menonton concert JLO.. Fuhhh memang dugaan betul lah nak menonton concert JLO ni hujan sepanjang masaaaaa .. Basah lencun dibuatnya.. Ini antara gambar sneak peek  Mak Dara di konsert JLO sebentar tadi...atau dalam bahasa melayunya sneak peek tu ala ala macam mukadimah lah maknanya  ya.. 

tiket dah lama beli.. Nak beratur masuk stadium

Mak Dara dan adik beradik depan pintu masuk stadium merdeka

orang ramai yang beratur dalam hujan untuk menonton konsert JLO

Mak dan somi ;)

ramai yang meniaga di luar pintu masuk stadium

adik serta kakak Mak Dara (Adza Rina & Adza Yanie) di luar pintu masuk

ramai dah letih beridiri dan menunggu dalam hujan

Hampir dua jam Mak Dara dan beratus lagi para penonton terpaksa beratur dalam hujan sebelum pintu stadium dibuka.. Memang mencabar keimanan betul.. Namun dek kerana teringin sangat nak nengok JLO secara live dan kerana tiket dah pun dibeli awal maka kami terpaksalah mengharunginya .. Mau kebas kaki lama berdiri dalam hujan.. Nasib baik dah siapkan baju hujan awal awal kalau tak memang mandi le jawapnya..

Nak tahu keadaan dalam stadium dan keadaan semasa konsert JLO berlangsung? haaaa itu kena tunggu entry seterusnya lah.. Maaflah Mak pun masih letih lagi mau zzzzzzzzz.. Esok esok pagi mak kasi update full story mengenai konsert JLO itu ya.. Hehe almaklum dah nama pun entry sneak peak aka mukadimah maka mak hanya kongsikan entry mukadimah dulu lah buat tontonan anda malam ni.. Nantikan entry full mak nanti ye ;)

(JLO sedang menyanyi)
gambar sedutan entry akan datang