Tuesday, December 4, 2012

MIMPI NGERI SANG BLOGGER

Terasa macam berada dalam sebuah mimpi ngeri apabila semalam hampir kesemua gambar di blog dan di entry Mak Dara telah bertukar menjadi hitam seperti gambar di bawah.



Pada mulanya Mak Dara ingat perkara ini hanya berlaku kepada blog Mak aje.. Sehinggalah Mak Dara terbaca status update oleh teman facebook Mak Dara ini..



Terkejut memang terkejut habis Mak dibuatnya.. Rupanya ramai lagi blogger yang senasib dengan Mak Dara. Dan berita yang paling membuatkan mak terkejut ialah apabila mengetahui bahawa blog favourite mak iaitu blog MARIA ELENA juga kena perkara yang sama. 

Memang sedih memang macam nak menangis dibuatnya.. Berjam jam jugak mak dara repair blog ni semalam dan alhamdullilah semakin pulih namun hampir setengah entry bergambar yang mak dara tulis memang tak dapat diselamatkan.. :( pada blogger blogger yang menerima nasib yang sama seperti Mak Dara juga pasti sedang bersedih sekarang ini. Namun jangan putus asa.. Insyaallah ada hikmah disebalik apa yang berlaku.. be positive ok.. 


Hidupkan Untuk Memberi - iPhone 5 Gadget Impian

Bertepatan dengan tema blog DENAIHATI iaitu penganjur contest iPhone 5 Gadget Impian iaitu HIDUPKAN UNTUK MEMBERI maka dengan sukacita dan ikhlasnya Mak Dara telah memberikan undi/klik g+ untuk semua peserta yang menyertai contest  iPhone 5 Gadget Impian ini.. Nak bersaing pun kenalah secara sihat kannnn... 


Ribuan terima kasih kepada blogger AzmanIshak.Com kerana telah membuat senarai kesemua 85 peserta iPhone 5 Gadget Impian dan telah menyenaraikan Result jumlah kutipan g+ kesemua peserta. Dengan adanya senarai ni telah memudahkan bagi Mak Dara dan semua peserta untuk klik/vote g+ untuk kesemua peserta..

Mak mohon maaf kepada tiga blogger iaitu blogger ummiehanie , blogsyarih , dan aimanaziz kerana Mak Dara tak dapat klik/vote g+ untuk anda kerana terdapat error pada button g+ anda itu.. Bila dah diperbaiki tolong maklumkan pada Mak Dara ya mak akan klik G+ untuk anda nanti ya.. Kepada semua 85 peserta contest iPhone 5 Gadget Impian all the best ya ;)

Untuk melihat senarai dan kutipan semua peserta contest sila klik di link ini ya http://azmanishak.com/gadget-impian-google-plus-one/

Hasil Skrip Oleh Mak Dara dan Adik Akan Mula Ditayangkan Di Kaca TV Anda Hari Ini!

Assalammualaikum duhai teman..
Ada yang dah tahu dan mungkin juga ada yang belum mengenai kerjaya sebenar Mak dara.. Mak Dara sebenarnya adalah seorang penulis drama TV.. Mak dara telah berkecimpung dalam dunia penulisan skrip selama lebih 16 tahun dan telah menghasilkan skrip drama hampir 65 buah drama dan banyak yang telahpun ditayang dan ada juga telah diulang tayang berkali kali di kaca TV. Dan hari ini dua buah rancangan hasil skrip oleh Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan mula ditayangkan di kaca TV.

Pertama yang akan mula ditayangkan ialah sebuah rancangan masakan yang berjudul JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA yang dihoskan oleh Serina Datuk Redzuawan dan juga Chef El Hadi akan mula ditayangkan sebentar saja lagi di saluran TV3 pada pukul 11:30 pagi nanti.

JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA 

@ TV3 11:30 pagi 

Menurut Serina, rancangan yang bakal ditayangkan itu juga berbeza kerana ia memfokuskan kepada masakan pelbagai etnik masyarakat di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak."Untuk mengetengahkan masakan golongan etnik yang ada seperti suku Orang Asli kami terpaksa meredah hutan dan memasuki kawasan perkampungan mereka. Chef El-Hadi akan mendapatkan menu itu dan memasaknya di setiap tempat yang kami kunjungi.

"Untuk musim pertama Jelajah Rasa Etnik kami telah mula menjalani penggambaran sejak 19 September lalu dan ia membabitkan 13 lokasi serta menu masakan yang berbeza. Selain etnik Orang Asli, kami juga akan memaparkan masakan golongan Baba Nyonya dan Jawi Peranakan. "Kami turut menjemput bapa saya, Chef Wan dalam episod tentang suku kaum Minangkabau di Negeri Sembilan sebagai penampilan khasnya dalam episod itu. Keseluruhan penggambaran itu akan mengambil masa sebulan setengah," ujarnya.

Sewaktu ditanya mengapa dia memilih Chef El-Hadi, Serina berkata, ia berdasarkan pengalaman chef itu yang cukup meluas membabitkan pelbagai menu biarpun dia berasal dari Maghribi. Lebih menarik kerana dia juga belum begitu mengenali secara lebih mendalam masakan masyarakat di sini sebaliknya akan menyajikan hidangan mengikut gayanya.

Hasil skrip kedua oleh Mak Dara dan adik Mak Adza EMie yang juga seorang penulis skrip yang akan diulang tayang untuk kesekian kali di kaca TV adalah sebuah drama bersiri bertajuk PUTERI SALAMIA


DRAMA BERSIRI PUTERI SALAMIA
@TVi 180 setiap Selasa & Rabu 
jam 12.05 tengah hari

Drama bersiri PUTERI SALAMIA telah banyak kali diulang tayang di kaca TV  dan telah ditayangkan di RTM 2 . Pada yang belum berkesempatan untuk menonton drama ini bolehlah mula menonton drama bersiri ini mulai esok di saluran TVi 180 pada setiap hari Selasa dan Rabu pada pukul 12:05 tengah hari..

Drama ini diilhamkan oleh penerbit Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Mak Dara dan adik mak juga iaitu Adza Emie . Drama ini berkisar seorang Puteri bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejak kecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria 

Qalif, Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Jadi.. Kepada semua teman teman Mak Dara semua.. Jika anda free free hari ni tontonlah JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA dan drama PUTERI SALAMIA yang akan mula disiarkan di kaca TV anda hari ini ya.. Sokongan anda amat amat Mak hargainya... 


Blog Masih Dalam Proses Pembaik Pulihan


Sayangggg memang mak sungguhhhh sayang untuk tutup blog mak ni.. Seharian mak cuba untuk tidak memikirkan tentang blog dan apa yang telah jadi pada blog mak ini.. ya memang benar blog mak ada masalah di mana gambar gambar telah bertukar menjadi hitam bersama simbol no entri. Tapi untuk menutup blog semata mata hanya kerana gambar rasanya tidak berbaloi..

Buat masa sekarang Mak Dara telah dapat pulihkan semula header, footer dan beberapa lagi part di blog Mak dara ini. Dan sebentar tadi mak telah berjaya set upkan balik background blog Mak Dara ini..

background sebelum di repair tadi

Namun sayangnya masih banyak entry bergambar Mak dara masih tidak dapat mak selamatkan.. Namun mak akan cuba mencari punca kenapa perkara begini boleh berlaku dan mak takkan berhenti sehinggalah mak dapat mengetahui apakah masalah sebenarnya  blog mak ini..

Terima kasih atas support dan kata kata sokongan anda.. Ia benar benar menaikkan semula semaangat mak untuk meneruskan apa yang mak cintai....