Thursday, December 6, 2012

HIDUP BIAR IKHLAS

IKHLAS... cuma satu perkataan.. namun membawa seribu satu makna.. Hari ini Mak Dara terpanggil untuk berbincang mengenai...

 KEIKHLASAN..

Bagi Mak Dara seseorang yang ikhlas ibarat orang yang sedang membersihkan beras dari kerikil-kerikil dan batu-batu kecil di sekitar beras. Maka, beras yang dimasak menjadi nikmat dimakan. Tetapi jika beras itu masih kotor ketika nasi dikunyah, akan tergigit kerikil dan batu kecil. Demikianlah keikhlasan, menyebabkan segala yang telah dibuat dan dilakukan  yang datang dari tulus hati akan mendapat satu kepuasan yang sejati... Sebaliknya, perbuatan yang dilakukan dengan TIDAK IKHLAS akan menyebabkan segala yang telah dilakukan tiada merasa nikmatnya. 

Imam Syafi’i pernah memberi nasihat kepada seorang temannya,“ Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat seluruh manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”


Kadang Kadang susah mentafsirkan perbuatan seseorang samaada ia benar benar ikhlas atau tidak.. Yang tahu dan sahih akan keihklasan itu hanya antara orang itu dan Allah swt sahaja.. Ikhlas atau tidak seseorang itu kepada kita atau pelakuannya biarlah dia sendiri yang mengetahuinya..Namun kita sebagai manusia biasa hendaklah selalu berprasangka baik pada setiap insan..  


Kisah 1 Handphone Impian 85 Orang - iphone 5 gadget impian

Hari ni mak nak cerita tentang kisah sebuah handphone dan 85 orang peserta yang merebutnya waduh waduhhhh memang sengit memang perpoluh poluh mak dibueknya...Ada yang tahu dan mungkin juga ada yang belum tahu mengenai penyertaan Mak Dalam dalam contest anjuran blogger hebat Denaihati iaitu contest iphone 5 gadget impian .Fuh jangan memain, memang poning habis mak bila nak bersaing dengan kesemua 84 otai otai blogger yang sungguh hebat hebat belaka ini.  Beberapa tugasan telah diberikan kepada semua peserta.. Makin lama makin mencabar tugasan yang diberikan dan tugasan terkini ialah untuk mendapatkan undi.. Haaaa tang sini lah Mak Dara nak khaborkan sesuatu pada anda semua...

Tolong!! தயவு செய்து!! 하시기 바랍니다!! 
SOS!!  من فضلك!! 请!! HELP!!

Haaaa sekali semua ayat dari bahasa melayu ke bahasa tamil , bahasa cina, bahasa arab, bahasa k pop korea dan macam macam lagi bahasa mak dara dah keluorkan dah di atas.. Cuma nak menyebutnye aje yang Mak Dara tak berape nak pandai.. Pendek kata entry ni Mak Dara nak... MINTAK TOLONG... haaa tu pendek yang kata..Panjang kata pulak.. Meh Mak Dara ceritakan apakah pertolongan yang Mak Dara nak minta.. Haa tugasan seterusnya memerlukan setiap peserta iPhone 5 gadget impian  perlu mengumpulkan vote sebanyak mungkin. Haaa tu yang Mak Dara malas nak suruh panjang ni berkata kata kan panjanggg tu hehehe.. Ya itulah al kisahnyaaaa.. Jadinya Mak Dara nak mintak tolong anda semua untuk.. emmmm.. untuk emmmmm.... Jap nak kembungkan pipi, muncungkan mulut kasi kiut sikit...
Errr ternyata tak comel langsung bila Mak buat macam tu.. Karang dari anda semua nak tolong mak terus je muntah pink pangkah dan tutup blog mak.. Emm pakai plan B lah kalau macam tu..
Haaa pakai gambor anak bongsu Mak Dara si Isabella baru ok kot hahaha... Haa so setelah kembungkan pipi dan muncungkan mulut kami anak beranak... Mak Dara nak minta tolong anda untuk klik vote Mak Dara boleh?? Meh Mak Dara beritahu caranya ya. Caranya..
#1 KLIK BUTTON DI BAWAH
undian blog pilihan anda iPhone 5 Blogger Paling Hebat

#2 Register nama?username dan masukkan password anda

#Setelah anda selesai register password akan dihantar terus 
ke email anda. Sila periksa email anda selepas itu



#Kemudian copy password baru yang telah diberikan dan klik ke link dibawah itu dan anda akan diminta untuk log in dan kemudian anda boleh terus mengundi!!!!
# control F dan search www.bicara.mak dara dan link di kotak itu


Anda dikehendaki mengundi untuk 3 buah blog. Setelah anda vote untuk blog mak anda boleh lah pilih blog blog peserta yang lain. Terdapat 84 orang peserta lagi yang sungguh hebat hebat belaka.. Anda boleh pilih blog mereka dan klik aje di  kotak blog mereka itu ye. Maka itu lah saja cara caranya.. Haaa caranya mudah aje.. Mukadimah entry mak dara ni yang panjang melebor selebor badan Mak Dara ni kan hehe..  anda boleh mengundi untuk Mak Dara sekali pada setiap hari.. Kalau tak sudi setiap hari takpe.. Sekali pun jadilah huhu.. Tapi kalau sudi jasamu amat ku kenang!!!

Aiseymen takkan nak tolong Mak Dara macam tu je kan.. Takkan tak ada apa apa sebagai balasan? Oh semestinya ADA!! Pada anda yang tolong vote pada mak dara tu sila tinggalkan link blog anda di bawah.. Mak akan promote blog anda kaw kaw punya! Tapi jika ada yang sudi vote mak setiap hari akan ada lebihhhhhhh promotion untuk blog anda! just tinggalkan komen "SAYA VOTE MAK SETIAP HARI" ok.Haa baru lah adil.. barulah saling bantu membantu kan.. Mak sudahi dengan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga.. Terima kasih semua...Ok pada yang tak berapa paham caranya ni tinggalkan komen dan mak akan jawab secepat mungkin.