Menjadi seorang penulis skrip ni memang telah sebati dengan diri Mak Dara. Lebih 16 tahun Mak Dara mengabdikan diri dalam dunia penulisan skrip dan hampir 66 buah skrip drama telah Mak Dara hasilkan.. Antaranya...Namun antara semua drama drama itu ada satu drama yang sangat dekat pada hati Mak Dara iaitu sebuah drama yang bertajuk DOA KE SYURGA yang baru saja diulang tayang di RTM 1 beberapa hari yang lalu..
Drama ini Mak Dara ambil dari kisah dari kehidupan arwah adik Mak Dara. Drama ini Mak dedikasikan kepada Allahyarhamah ADZA SUZYRIANI ADENAN. Walaupun hanya sebahagian sahaja kisah hidupnya dan selebihnya adalah plot jalan cerita yang harus Mak dara tambah bagi mencantikkan lagi jalan cerita untuk dijadikannya sebuah drama. Kisah sebenarnya yang tidak mak masukkan ke dalam skrip itu ialah kisah sebenar bagaimana arwah adik Mak dara telah mengalami kemalangan apabila semasa kecilnya kami adik beradik bermain di dapur tiba tiba terkena meja dapur lalu air panas yang sedang dijerang terkena lalu tertumpah air yang panas mendidih itu pada kaki arwah adik Mak Dara. Selepas itu arwah dibawa ke hospital. Di sana doktor telah melakukan kesilapan apabila memberi dos pelali yang tidak cukup semasa membuat pembedahan lalu arwah adik mak dara terjaga semasa pembedahan iaitu semasa dalam proses melapah kulit peha kiri arwah untuk ditanamkan di peha kanan arwah yang telah melecur teruk akibat terkena air mendidih itu. Oleh kerana terlalu panik doktor cucuk upat pelali pada arwah namun disebabkan over dose maka arwah adik Mak dara mengalami kecederaan otak dan sejak dari itu adik Mak Dara tidak lagi seperti dahulu dia seakan akan menjadi seorang bayi semula. Arwah Mak Dara telah mengambil tindakan untuk saman doktor itu. Banyak bukti telah kami dapat melalui surat minta maaf doktor itu termasuk kenyataan dari nurse nurse namun doktor yang berasal dari India itu telah melarikan diri dan pulang ke India . Untuk meneruskan kes Ayah Mak Dara terpaksa mengeluarkan wang yang banyak menurut peguam ayah. Namun bagaimanakah gaji seorang guru dapat memberi wang yang banyak pada masa itu maka kami terpaksa melepaskan saja kes itu terbuka tanpa apa apa hukuman. Memang sedih memang perit dugaan yang terpaksa kami terima...Sejak itu.. Bermulalah kehidupan arwah adik mak dara sebagai seorang anak istimewa. Semasa membesar arwah adik Mak sering dicemuh oleh orang kampung yang tidak suka dengan adik yang sering lari masuk ke rumah jiran tiap kali kami terlepas pandang. Oleh kerana tidak mahu arwah dicemuh arwah ayah Mak dara telah menguncikan pintu pagar agar dia tidak lagi dapat ke rumah jiran. Kami sekeluarga amat sedih kerana sikap orang kampung itu. Arwah hanya mahu bermain main dengan anak mereka bukannya mahu berbuat apa apa di sana namun kami faham tidak semua orang suka dan dapat terima insan istimewa seperti arwah adik Mak Dara itu. Arwah adik Mak dara telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 16 tahun kerana demam panas.
dari kiri Adza Irdawati (MD) Adza Nasyaemie (baju pink) Arwah Adza Suzyriani (Belang)
Adza Adzriyati, Adza Edie Izwan, depan Adza rinawati dan Adza Tutyrianti
Itulah antara gambar kenangan kami bersama Arwah 4 bulan sebelum arwah meninggal dunia.. Walaupun arwah berumur 16 tahun namun pemikirannya pada masa itu seperti kanak kanak 6 tahun. Perkembangan otak arwah lambat berkembang . Walaupun drama itu tidaklah seratus peratus kisah sebenar adik Mak dara namun setengah darinya adalah perkara yang benar berlaku dan Mak dara abadikan nama arwah adik Mak dara di drama itu..
kredit title di akhir drama DOA KE SYURGA
Al fatihah buat arwah adikku Adza Suzyriani dan juga kepada arwah ayah abahku yang telah genap 2 bulan pemergiannya.. semoga kalian tenang di sana.. Walaupun jauh di mata namun tidak pernah sehari berlalu tanpa kami mengingati kalian.. Al fatihah....