Monday, December 10, 2012

Somi Mak Dara Terima Hadiah TV SONY BRAVIA LED Dari Telekom Malaysia

Syukur alhamdullilah akhirnya hari yang ditunggu tiba jua.. Iaitu hari penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi Contest TM POINT..Somi Mak Dara Martias Ali merupakan pemenang hadiah utama iaitu sebuah SMART TV LED SONY 40". Kalau nak tahu macam mana somi mak boleh menang contest ni boleh lah baca di entry ini ya Somi Mak Dara Pemenang Utama Peraduan Telekom Malaysia . 

Sejak dari pagi mak pulak yang tak dapat lelap mata.. Asyik asyik nengok je ke arah jam di bilik.. Macam menunggu untuk bersahur aje kekdahnya haha.. Somi mak dara yang menang tidur nyenyak tak hengatttt tapi mak pulak yang over exited hahaha.. Takpe lah somi menang pon macam mak juga yang menang kan kan kan.. haha mode perasan jap..

Mari Mak Dara kongsikan gambar gambar di saat saat somi Mak menerima hadiah itu ya.. Layanzzzz zapppp...

Somi Mak dara menerima hadiah utama 



Somi Mak Dara bersama pemenang yang lain


pegawai TM tolong angkatkan TV ke dalam kereta 


dah sampai rumahhhhhhhh

boleh tahan jugak beratnya ye hehe

yeayyy akhirnya dah masuk ke rumah

emmm nak TV ke nak yang kena lekat reben tu emmmm hahaha gedix

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pihak TM POINT kerana telah memilih somi Mak Dara sebagai pemenang hadiah tempat pertama dalam contest ini.. Walaupun baru saja pakai TM NET UNIFI dalam masa dua bulan boleh pulak terima hadiah sebegini dari TM.. memang rezeki.. syukur alhamdullilah... amin...